• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Saturday, May 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Kes Buli Diselesaikan Di Sekolah, PPD Atau JPN

oleh Ahmad Albab
14/08/2017
dalam Jenayah, Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

PADANG BESAR – Semua kes buli hendaklah diselesaikan oleh pihak sekolah, Pejabat Pendidikan Daerah (PPD) atau Jabatan Pendidikan Negeri (JPN) dan tidak perlu dibawa kepada Kementerian Pendidikan untuk keputusan.

Menteri Pendidikan, Datuk Seri Mahdzir Khalid berkata berkata ketiga-tiga pihak berkenaan perlu berpendirian tegas dalam menangani kes-kes buli yang dilaporkan.

“Yang penting kena tegas, walaupun sampai peringkat buang sekolah jika dah melampau sangat, tak payah nak minta ampun dan maaf,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan persidangan perwakilan UMNO bahagian Padang Besar di Dewan Maktab Rendah Sains Mara di Beseri di sini, hari ini.

Beliau yang diminta mengulas kejadian buli membabitkan pelajar berkata penubuhan unit khas bagi menangani kes buli tidak perlu kerana peraturan sedia ada sudah memadai selain pihak sekolah, PPD dan JPN mempunyai kuasa untuk membuat keputusan.

Mengenai banjir, Mahdzir berkata JPN setiap negeri telah diarah memantau keadaan dan mengambil langkah-langkah perlu menjelang peperiksaan Ujian Penilaian Sekolah Rendah (UPSR) yang semakin hampir.

Katanya pembinaan Sekolah Sukan Bukit Chabang di Beseri akan disambung semula sebaik kontraktor baharu dipilih oleh Kementerian Kewangan. Pembinaan sekolah itu tergendala beberapa kali berikutan konttraktor yang dilantik gagal menyiapkan projek tersebut.

Sebelum itu, dalam ucapannya, Mahdzir yang juga anggota Majlis Tertinggi UMNO berkata parti itu sebagai teras kerajaan Barisan Nasional (BN) sejak negara mencapai kemerdekaan sentiasa melakukan transformasi untuk memperkasa bidang pendidikan.

“Sistem pendidikan dan pengukuhan kurikulum sentiasa dilaksanakan. Dasar yang dilaksanakan ini termasuk wajib lulus Bahasa Malaysia di semua peringkat tidak mengecualikan sekolah berasaskan bahasa ibunda,” tambahnya.

Mahdzir berkata transformasi yang dilaksanakan sehingga kepada pengenalan Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia 2013-2025 adalah bagi melahirkan dan memperbaiki pencapaian holistik pelajar diperjuangkan oleh UMNO. – BERNAMA

Tags: Datuk Seri Mahdzir Khalidkes buli
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Kedah Catat 43 Kes Buli, 90 Kes Rogol Babitkan Pelajar Sekolah

Kedah Catat 43 Kes Buli, 90 Kes Rogol Babitkan Pelajar Sekolah

11/01/2026
0

Alor Setar: Sebanyak 43 kes buli direkodkan di Kedah sepanjang 2025, meningkat mendadak berbanding hanya 10 kes pada 2024. Ketua...

‘Anak Alami Gegaran Otak Akibat Dibuli, Pelaku Tak Dikenakan Tindakan Atas Alasan Masih Bawah Umur…’ – Ibu Mangsa

‘Anak Alami Gegaran Otak Akibat Dibuli, Pelaku Tak Dikenakan Tindakan Atas Alasan Masih Bawah Umur…’ – Ibu Mangsa

18/08/2025
0

JOHOR: "Anak saya mengalami masalah gegaran otak akibat buli hingga keluarga kami berdepan pelbagai kesulitan, tetapi pelaku tidak diambil tindakan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd