• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Sunday, May 17, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Ayuh Bangkit Bersama, Sokong Atlet Kita – Salleh

oleh Ahmad Albab
14/08/2017
dalam Sukan
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Menteri Komunikasi dan Multimedia Datuk Seri Dr Salleh Said Keruak menyeru semua rakyat Malaysia agar bangkit bersama dan menyokong atlet tempatan yang akan bertanding dalam temasya Sukan SEA ke-29 dan Sukan Para ASEAN ke-9 nanti.

Salleh berkata tahun 2017 menandakan satu kejayaan penting dalam sejarah Malaysia apabila kedua-dua sukan itu diadakan bertepatan dengan sambutan Hari Kebangsaan ke-60 pada 31 Ogos dan Hari Malaysia pada 16 Sept.

“Kali terakhir kita menjadi tuan rumah Sukan SEA ialah pada 2001 dan kita muncul sebagai juara keseluruhan dengan 111 pingat emas. Kini, setelah 16 tahun, negara kita sekali lagi menjadi hos kepada acara sukan terbesar di Asia Tenggara.

“Dengan semangat Merdeka, marilah kita ‘Bangkit Bersama’ dan menyokong wira atlet sukan tempatan yang akan memberikan yang terbaik ketika mewakili negara,” katanya dalam catatan terbaru dalam blog beliau sskeruak.blogspot.my bertajuk ‘Rising Together in Unity’ hari ini.

Sukan SEA ke-29 akan berlangsung pada 19 hingga 30 Ogos ini manakala Sukan Para ASEAN membuka tirai dari 17 hingga 23 Sept. Ini merupakan kali keenam Malaysia menganjurkan Sukan SEA dwitahunan itu.

Kedua-dua temasya sukan itu juga pertama kali diadakan selepas penggubalan Komuniti ASEAN semasa Malaysia menjadi pengerusi pada 2015.

Berkongsi keterujaan beliau untuk kedua-dua sukan itu, Salleh yakin bahawa rakyat Malaysia yang patriotik akan sekali lagi dapat mengetepikan perbezaan mereka bagi meraikan dan bersorak untuk kontinjen negara.

Beliau berkata sukan Malaysia memperlihatkan prestasi turun naiknya, tetapi keseronokan dan kegembiraannya tidak pernah hilang.

“Tahniah kepada semua jurulatih dan atlet negara yang berdedikasi dan telah bekerja keras serta banyak berkorban untuk sampai ke tahap sekarang.

“Kepada semua rakyat Malaysia, marilah kita bersatu dan bangkit bersama semasa peristiwa penting ini,” tambahnya. – BERNAMA

Tags: atletDatuk Seri Dr Salleh Said Keruak
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Atlet Terengganu Gagal Doping, Ambil Ubat Lelah, Tahan Sakit

Atlet Terengganu Gagal Doping, Ambil Ubat Lelah, Tahan Sakit

20/09/2022
0

DUA atlet Terengganu yang gagal dalam ujian doping sebelum ini berpunca daripada pengambilan ubat-ubatan ketika menjalani latihan pusat di Cameron...

Johor Giat Pencarian Atlet Pelapis Sukma 2024

20/04/2022
0

JOHOR BAHRU : Majlis Sukan Negeri Johor (MSNJ) kini sedang rancak melakukan persiapan khususnya melibatkan aspek pencarian atlet dan bakat-bakat...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd