• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, April 3, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Wanita Warga Emas Maut Dikelar Anak Lelaki Mental

oleh Ahmad Albab
14/08/2017
dalam Jenayah, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KULAI – Seorang wanita warga emas ditemui mati dengan kesan kelar pada leher di dapur rumahnya dipercayai dibunuh anak lelakinya dalam kejadian di Jalan Cempaka, Taman Air Bemban, dekat sini, semalam.

Dalam kejadian jam 11 pagi itu, mayat wanita berusia 69 tahun berkenaan ditemui anak lelaki bongsunya dalam keadaan terbaring dan berlumuran darah.

Difahamkan, anak lelakinya itu baru saja pulang dari tempat kerja di Singapura sebelum bergegas membuat laporan polis.

Wanita itu cedera di bahagian muka dan leher dan disahkan meninggal dunia di tempat kejadian.

Ketua Polis Daerah Kulai, Superintendan Razak Md Said berkata, pihaknya sedang menjalankan siasatan lanjut mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan.

Beliau berkata, pihaknya juga sudah menahan anak lelaki mangsa yang berusia 30 tahun jam 1 petang semalam di sekitar kawasan rumahnya.

“Hasil semakan mendapati suspek pernah menjalani rawatan mental di Hospital Tampoi, Johor Bahru dan motif kejadian disiasat,” katanya.

Sementara itu, seorang jiran mangsa berkata, wanita berkenaan tinggal di rumah itu dengan suaminya yang sedang sakit bersama dua orang lagi anak lelakinya.

“Anak bongsunya bekerja di Singapura manakala yang sulung itu tidak bekerja sejak tahun lalu.

“Kami juga memang selalu mendengar keluarga ini bergaduh dan jiran juga tahu anak sulungnya itu selalu mengamuk di rumah,” katanya. – myMetro Online

Tags: kelarwarga emas
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Bunuh 2 Warga Emas, Penoreh Getah Terlepas Hukuman Gantung

Bunuh 2 Warga Emas, Penoreh Getah Terlepas Hukuman Gantung

19/01/2026
0

Putrajaya: Seorang penoreh getah terlepas daripada hukuman gantung selepas Mahkamah Rayuan mengetepikan hukuman mati atas kesalahan membunuh dua lelaki warga...

Duda Warga Emas, Ibu Tunggal Ditahan Berkhalwat

Duda Warga Emas, Ibu Tunggal Ditahan Berkhalwat

01/09/2025
0

Melaka: Lapan pasangan dicekup berkhalwat menerusi Operasi Cegah Jenayah Syariah (OCJS) di beberapa hotel sekitar Bandaraya Melaka, awal pagi semalam....

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd