• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, June 29, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Satu Lagi Kejadian Pelajar Sekolah Gaduh Di Sabah

oleh
14/08/2017
dalam Jenayah, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KOTA KINABALU – Sekali lagi kejadian gaduh antara pelajar sekolah dilaporkan berlaku di Sabah. Namun kali ini melibatkan sekumpulan pelajar lelaki pula.

Baca: Kes Pelajar Gaduh Di Sabah: Berebut Lelaki Punca Gaduh?

Sebelum ini kejadian gaduh antara pelajar sekolah juga pernah berlaku melibatkan seramai 10 orang pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Kunak di Kota Kinabalu yang dikatakan bergaduh kerana berebut seorang lelaki.

Kini, Jabatan Pendidikan Sabah sedang giat menjalankan siasatan terhadap rakaman video pergaduhan yang membabitkan pelajar sekolah menengah yang didakwa berlaku dekat Kolombong dekat sini.

Rakaman video tersebut mula tersebar di laman Facebook sejak pagi semalam. Pengarah Jabatan Pendidikan Sabah, Datuk Maimunah Suhaibul mengesahkan pihaknya masih lagi menjalankan siasatan lanjut bagi mengesan kes itu.

“Kita ada menerima laporan awal mengenai kejadian ini dan siasatan sedang dilakukan,” katanya ketika dihubungi oleh pihak Harian Metro.

Video yang berdurasi 1.51 minit itu merakamkan dua orang pelajar lelaki memakai baju sukan sekolah mula bergaduh tanpa diketahui puncanya. Selepas mereka mula bergaduh, datang pula beberapa lagi pelajar lain.

Mereka turut menyibuk dan memukul antara satu sama lain. Ada juga pelajar bersorak kegembiraan dan menyuruh mereka terus bergaduh. Kejadian yang berlaku dekat padang sekolah itu juga disaksikan ramai pelajar yang lain.

Mereka seolah-olah meraikan pergaduhan itu dengan aksinya turut dirakam oleh ramai lagi pelajar yang lain. – MYNEWSHUB.CC/Ainaa Hafizah

Tags: Gaduhpelajar sekolahSabah
Share198Tweet124SendShare

Related Posts

PM Anwar, Wan Azizah Ucap Takziah, Dukacita Insiden Pelajar Sekolah Maut

PM Anwar, Wan Azizah Ucap Takziah, Dukacita Insiden Pelajar Sekolah Maut

19/06/2026
0

KUALA LUMPUR - Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim dan isteri Datuk Seri Dr. Wan Azizah Wan Ismail melahirkan rasa...

MET Malaysia Keluar Nasihat Tsunami Di Sabah

MET Malaysia Keluar Nasihat Tsunami Di Sabah

08/06/2026
0

KUALA LUMPUR – Jabatan Meteorologi Malaysia (MET Malaysia) mengeluarkan nasihat tsunami susulan gempa bumi kuat bermagnitud 7.9 yang berlaku di...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd