• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, July 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Mangsa Banjir Melaka Menurun Kepada 311 Orang

oleh AK-47
14/08/2017
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

MELAKA, 12 Ogos -– Jumlah mangsa banjir di Melaka menurun kepada 311 orang setakat 12.30 tengah hari tadi berbanding 512 orang pada pagi.

Pengarah Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) Melaka, Lt Kol (PA) Effendy Ali berkata kesemua mangsa daripada 80 keluarga itu masih ditempatkan di tujuh pusat pemindahan banjir di daerah Melaka Tengah, Jasin dan Alor Gajah.

Beliau berkata dua pusat pemindahan telah ditutup pada pukul 12 tengah hari tadi iaitu Projek Perumahan Rakyat Krubong dan Sekolah Agama JAIM Tanjung Minyak melibatkan 91 mangsa daripada 25 keluarga yang telah dibenarkan pulang.

“Jumlah mangsa yang ditempatkan di pusat pemindahan di Sekolah Menengah Kebangsaan Munsyi Abdullah di Batu Berendam telah berkurangan sebanyak 107 orang kepada 139 mangsa dengan 35 keluarga.

“Jumlah mangsa di pusat pemindahan Balai Raya Pengkalan Batu turut berkurangan tiga orang kepada 24 mangsa dengan lima keluarga,” katanya dalam kenyataan di sini.

Effendy berkata jumlah mangsa di lima pusat pemindahan lain membabitkan tiga daerah di Melaka Tengah tidak berubah iaitu 20 mangsa dengan empat keluarga di Pusat Transformasi Luar Bandar (RTC) Paya Ikan, Surau Bukit Baru (13 mangsa, dua keluarga), Balai Raya Peringgit (27 mangsa, 11 keluarga).

“Selain itu mangsa di Sekolah Kebangsaan Tehel di Jasin (71 mangsa, 19 keluarga) dan Balai Raya Kampung Seri Jeram, Alor Gajah (17 mangsa, empat keluarga) juga masih kekal,” katanya.

Beliau yang juga Ketua Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri Melaka itu berkata kejadian banjir itu dipercayai berpunca daripada hujan lebat sejak pagi semalam. – BERNAMA

Tags: banjir kilatMelaka
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Akmal Minta PH Jangan Fitnah Orang Melaka,  ‘Kami Juga Selalu Ke Johor, Bekerja Di Muar’

Akmal Minta PH Jangan Fitnah Orang Melaka, ‘Kami Juga Selalu Ke Johor, Bekerja Di Muar’

21/06/2026
0

MELAKA - Ketua Pemuda UMNO, Datuk Dr. Muhamad Akmal Saleh membidas pemimpin Pakatan Harapan (PH), Adly Zahari yang mendakwa rakyat...

Adly Zahari Dakwa Rakyat Johor Utara ‘Melimpah’ Sehingga Ke Melaka

Adly Zahari Dakwa Rakyat Johor Utara ‘Melimpah’ Sehingga Ke Melaka

21/06/2026
0

SEGAMAT - Pengerusi Pakatan Harapan (PH) Melaka, Adly Zahari mendakwa Melaka kini 'dilimpahi' oleh rakyat Johor Utara disebabkan oleh pembangunan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd