• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Saturday, May 9, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Akhbar Thai Dakwa Malaysia ‘Tidak Adil’

oleh AK-47
12/08/2017
dalam Sukan, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

BANGKOK – Sebuah akhbar tempatan menuduh Malaysia memperkecilkan kehebatan Thailand dalam acara sepak takraw dengan mengehadkan jumlah acara yang boleh disertai oleh negara peserta pada temasya Sukan SEA Kuala Lumpur (KL2017).

Akhbar tempatan berbahasa Inggeris, ‘The Nation’ dalam lidah pengarangnya semalam mendakwa Malaysia, selaku tuan rumah, telah meminta Thailand tidak menyertai acara berpasukan lelaki, yang dianggap acara paling penting dalam sukan itu.

“Dilaporkan, tuan rumah mendapat keistimewaan menyertai kesemua lima acara  manaka negara lain dibenarkan menyertai tidak lebih daripada tiga acara,” menurut akhbar itu.

Ia berkata Persatuan Sepak Takraw Thailand telah tunduk kepada permintaan Malaysia dan akan menamakan pemain dalam tiga acara – acara berpasukan, beregu dan kuadran.

Menurut akhbar tersebut, ramai peminat sukan tempatan marah dengan tindakan itu yang dianggap berat sebelah dan menonjolkan amalan lama yang memberikan tuan rumah memiliki kelebihan berbanding negara peserta lain.

“Amalan ini akan hanya menimbulkan kemarahan negara peserta dan rakyatnya dan ia tidak akan berakhir kecuali semangat kesukanan yang sebenar dihormati,” kata akhbar tersebut.

Malaysia akan menjadi tuan rumah KL2017 dari 19 hingga 30 Ogos ini. – BERNAMA

Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Pemangku Sultan Johor Sempurnakan Pengurniaan Darjah Dan Pingat Sempena Ulang Tahun Hari Keputeraan Sultan Ibrahim

Pemangku Sultan Johor Sempurnakan Pengurniaan Darjah Dan Pingat Sempena Ulang Tahun Hari Keputeraan Sultan Ibrahim

09/05/2026
0

ISKANDAR PUTERI - Pemangku Sultan Johor, Tunku Mahkota Ismail hari ini berangkat ke Majlis Istiadat Kurniaan Pingat sempena Sambutan Ulang...

WWF-Malaysia Tidak Tahu Sebab Dara, Amoi Dan Kelat Dipindahkan Ke Jepun

WWF-Malaysia Tidak Tahu Sebab Dara, Amoi Dan Kelat Dipindahkan Ke Jepun

09/05/2026
0

KUALA LUMPUR – WWF-Malaysia menegaskan bahawa kebajikan tiga ekor gajah iaitu Dara, Amoi dan Kelat yang dipindahkan dari Zoo Taiping...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd