• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Saturday, May 16, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

96 Ditahan Bersabit Dadah Di Rompin

oleh AK-47
12/08/2017
dalam Jenayah, Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

ROMPIN – Pasangan suami isteri antara 96 individu merangkumi suspek pengedar dan penagih dadah yang ditahan polis dalam operasi khas dua hari hingga semalam di sini yang turut menyaksikan rampasan sebilah pedang dan selaras senapang angin daripada suspek.

Ketua Polis Daerah Rompin DSP Azly Mohd Noor berkata kesemua mereka yang termasuk empat wanita,  berusia antara 15 dan 52 tahun, ditahan di sekitar Felda Keratong 1 hingga Felda Keratong 10, Felda Selancar, Kampung Bukit Serok dan Tanjung Gemok di sini.

Katanya Op Sarang itu  diketuai oleh Pegawai Turus Risikan dan Operasi Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik, Ibu Pejabat Polis Kontinjen  Pahang ASP Izzudin Zulkifly dengan kerjasama Pasukan Khas Taktikal Perisikan Narkotik (Sting) Bukit Aman.

Dalam operasi yang turut disertai oleh Agensi Antidadah Kebangsaan, Angkatan Pertahanan Awam Malaysia, Polis Bantuan Felda dan sukarelawan polis itu, kita telah menahan 129 orang untuk pemeriksaan.

Hasil ujian air kencing yang dijalankan, polis menahan 96 daripada mereka termasuk sepasang suami isteri kerana didapati positif dadah,”  katanya ketika dihubungi di sini.

Beliau berkata  polis juga merampas 113.24 gram dadah jenis syabu, heroin dan daun ketum serta tiga liter air rebusan daun ketum selain  57 biji pil khayal jenis eramin 5.

Katanya polis turut merampas sebuah motosikal jenis Yamaha RXZ dan wang tunai RM9,230 dipercayai hasil daripada aktiviti penjualan dadah menjadikan jumlah keseluruhan rampasan sekitar  RM15,243.

Semua suspek yang ditahan akan disiasat mengikut Seksyen 39B, 15 (1) dan Seksyen 39A (1) Akta Dadah Berbahaya 1952 serta Seksyen 30(3) Akta Racun manakala kesalahan memiliki senapang angin dan pedang akan disiasat mengikut Seksyen 6(1) Akta Bahan Kakisan dan Letupan. -BERNAMA

Tags: dadah
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Pesara Polis Wanita Ditahan Selepas Dikejar Lebih 50KM, Positif Dadah

Pesara Polis Wanita Ditahan Selepas Dikejar Lebih 50KM, Positif Dadah

12/05/2026
0

Oleh Mynewshub  REMBAU – Seorang pesara polis wanita berusia 65 tahun ditahan selepas bertindak melarikan diri daripada polis dalam kejadian...

‘Ini bukanlah isu perkauman, kerana sesiapa sahaja boleh menjadi mangsa’ – MCA

‘Ini bukanlah isu perkauman, kerana sesiapa sahaja boleh menjadi mangsa’ – MCA

30/03/2026
0

KUALA LUMPUR – Naib Presiden MCA, Datuk IR Lawrence Low menggesa tindakan serius diambil terhadap isu pemandu mabuk serta mereka...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd