• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, May 28, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Jawatankuasa Pengurusan Banjir Negeri Siap Siaga

oleh AK-47
11/08/2017
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

MELAKA – Ketua Menteri Datuk Seri Idris Haron meminta jawatankuasa pengurusan banjir negeri dan agensi berkaitan agar bersiap siaga bagi menghadapi banjir yang melanda negeri tersebut hari ini.

Beliau berkata walaupun banjir kali ini tidak seteruk jika dibandingkan pada tahun 2009 dan 2010,  beliau menasihatkan jawatankuasa pengurusan banjir di peringkat negeri dan juga daerah supaya berkerja keras bagi menghadapi sebarang kemungkinan.

“Saya juga meminta agar pengurus teknikal Jabatan Pengairan Dan Saliran (JPS), Jabatan Kerja Raya (JKR), Jabatan Alam Sekitar dan pengurus besar Sungai Melaka agar sentiasa berwaspada dengan mengawal laluan air keluar dan masuk daripada pintu laluan air menghubungkan Sungai Melaka dan Selat Melaka.

“Harapan saya pintu air akan dibuka ketika air surut bagi membolehkan Sungai Melaka menampung lebihan air jika hujan berterusan malam ini,”katanya kepada pemberita ketika melawat mangsa banjir di pusat pemindahan di Sekolah Menengah Kebangsaan Munsyi Abdulah, Batu Berendam hari ini.

Beliau berkata air banjir pada kali ini naik dengan pantas dan melibatkan kawasan yang agak luas apabila sebanyak 40 kawasan terjejas di daerah Melaka Tengah dan daerah Jasin.

Idris menasihatkan orang ramai agar menjaga keselamatan diri dan segera berpindah ke pusat pemindahan banjir berdekatan dengan tempat tinggal mereka apabila diarah untuk berbuat demikian oleh pihak berkuasa.

Sehingga petang ini, seramai 445 penduduk daripada 109 keluarga yang terjejas dipindahkan ke tujuh pusat pemindahan banjir di daerah Melaka Tengah dan daerah Jasin. – BERNAMA

Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Ramanan Seru Hayati Kisah Pengorbanan Nabi Ibrahim, Nabi Ismail A.S

Ramanan Seru Hayati Kisah Pengorbanan Nabi Ibrahim, Nabi Ismail A.S

27/05/2026
0

KUALA LUMPUR - Naib Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri R Ramanan menyeru masyarakat menghayati kisah pengorbanan Nabi Ibrahim...

Isu UEC, Bahasa Kebangsaan Tidak Timbul Jika Sistem Sekolah Satu Aliran – Anuar Ahmad

Isu UEC, Bahasa Kebangsaan Tidak Timbul Jika Sistem Sekolah Satu Aliran – Anuar Ahmad

27/05/2026
0

KUALA LUMPUR – Pensyarah dan pakar pendidikan, Dr. Anuar Ahmad mempersoalkan kesungguhan pelbagai pihak dalam merealisasikan sistem sekolah satu aliran...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd