• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, May 28, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Ganti Pemanas Air Elektrik Lebih 10 Tahun

oleh AK-47
11/08/2017
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

PUTRAJAYA – Suruhanjaya Tenaga (ST) hari ini menasihati pengguna menggantikan alat pemanas air elektrik model lama, terutamanya yang berusia lebih 10 tahun, kerana ia tidak menepati spesifikasi keselamatan terkini.

Pengarah Kawal Selia Keselamatan Elektrik ST  Mohd Elmi Anas berkata perkara ini perlu diberi perhatian bagi mengelakkan insiden tidak diingini termasuk renjatan elektrik dan juga letupan akibat pemanas air yang tidak selamat.

“Pemanas air elektrik model baharu jenis storan kini dilengkapi dengan ciri keselamatan  terkini termasuklah termostat dan ‘thermal-cutout’ yang dibina dalam pemanas air sejak tahun 2000, selain komponen ‘isolation barrier’ pada ‘inlet’ dan ‘outlet’ pemanas yang diwajibkan bermula April lepas.

“Pemanas air jenis segera pula mempunyai  peranti arus baki (RCD) 15 miliampere (mA) dan hos yang diperbuat daripada bahan plastik bukan lagi besi,” katanya kepada Bernama di pejabatnya di sini.

Beliau berkata 10 tahun lalu, kebanyakan pemanas air segera di Malaysia dibekalkan bersama hos konduktif iaitu keluli tahan karat yang kini telah diharamkan kerana boleh mengalirkan elektrik kepada mangsa jika terdapat kebocoran arus.

Katanya ada dua insiden membabitkan letupan iaitu pada Disember 2014 di sebuah resort di Kundasang, Sabah dan di sebuah unit kondominium di Mont Kiara, Kuala Lumpur pada Februari lalu akibat kerosakan atau kegagalan sistem keselamatan pada pemanas air jenis storan.

“Tiada kemalangan jiwa dilaporkan dalam kedua-dua kejadian, tetapi bangunan mengalami kerosakan teruk…  kes di Mont Kiara misalnya, pemanas elektrik itu telah digunakan selama 23 tahun dan tidak mempunyai ciri keselamatan yang memenuhi keperluan antarabangsa terkini,” katanya.

Beliau juga mengingatkan agar kerja-kerja pemasangan dan pendawaian elektrik dilaksanakan oleh pendawai kompeten yang memegang perakuan yang dikeluarkan oleh ST selain tidak membaiki pemanas air sendiri.

“Jika sudah menggunakan pemanas air yang mempunyai ciri keselamatan terkini, pastikan sentiasa melakukan servis berkala dan gunakan alat ganti tulen sahaja,” katanya.

Pengguna boleh mengenal pasti sama ada pemanas air telah mendapat kelulusan ST ataupun tidak melalui label keselamatan iaitu pelekat SIRIM-ST yang ditampal atau embos pada badan pemanas air. – BERNAMA

Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Ramanan Seru Hayati Kisah Pengorbanan Nabi Ibrahim, Nabi Ismail A.S

Ramanan Seru Hayati Kisah Pengorbanan Nabi Ibrahim, Nabi Ismail A.S

27/05/2026
0

KUALA LUMPUR - Naib Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri R Ramanan menyeru masyarakat menghayati kisah pengorbanan Nabi Ibrahim...

Isu UEC, Bahasa Kebangsaan Tidak Timbul Jika Sistem Sekolah Satu Aliran – Anuar Ahmad

Isu UEC, Bahasa Kebangsaan Tidak Timbul Jika Sistem Sekolah Satu Aliran – Anuar Ahmad

27/05/2026
0

KUALA LUMPUR – Pensyarah dan pakar pendidikan, Dr. Anuar Ahmad mempersoalkan kesungguhan pelbagai pihak dalam merealisasikan sistem sekolah satu aliran...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd