• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Tuesday, October 20, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Malaysia-Indonesia Peringat Selesaikan Isu Sempadan

oleh AK-47
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

JAKARTA – Malaysia dan Indonesia bersetuju menggiatkan usaha mencari penyelesaian terbaik berhubung isu sempadan maritim dan darat antara kedua-dua negara, kata Menteri Luar Datuk Seri Anifah Aman.

Beliau berkata kedua-dua kerajaan juga bersetuju menandatangani memorandum persefahaman bersama yang dikenali sebagai MoU 20 untuk tujuan itu.

Beliau berkata demikian dalam kenyataan bersama Menteri Luar Indonesia Retno Marsudi selepas menghadiri mesyuarat Suruhanjaya Bersama Untuk Kerjasama Bilateral (JCBC) ke-15, di sini pada Jumaat.

Anifah berkata Malaysia dan Indonesia adalah rakan baik dan sentiasa bekerjasama secara dua hala  dalam forum-forum peringkat wilayah dan multilateral.

“Hubungan kedua-kedua buah negara semakin baik dalam beberapa tahun belakangan ini. Kami juga berupaya memperkuat hubungan dua hala dan sentiasa berunding dalam semua peringkat demi memperkukuhkan idea dan praktik yang terbaik,” katanya.

Mesyuarat JCBC itu disertai oleh pegawai kanan Kementerian Luar kedua-dua negara dan Duta Besar Malaysia ke Indonesia Datuk Seri Zahrain Mohamed Hashim.

Isu sempadan darat dan laut antara kedua-dua negara masih tertangguh sehingga hari ini dan antara tuntutan bertindih itu ialah kawasan perairan Malaysia-Indonesia yang dikenali sebagai Ambalat iaitu blok perairan antara Sulawesi, Indonesia dan Sabah, Malaysia.

Isu tuntutan bertindih perairan itu timbul pada 2002 kerana perbezaan peta wilayah sempadan yang digunakan oleh kedua-dua negara.

Sementara itu, Retno berkata selain isu sempadan, perkara lain yang turut dibincangkan dalam mesyuarat JCBC tersebut ialah kerjasama dalam bidang perdagangan dan pelaburan, tenaga  kerja dan usaha meningkatkan kerjasama pembanterasan  permedagangan orang.

Katanya Malaysia adalah rakan niaga terdekat Indonesia dengan nilai dagangan kedua-dua negara bagi 2016  mencecah US$15 bilion. -BERNAMA

Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Lim Guan Eng Gesa Kerajaan Beri Rebat Cukai RM1,000 Beli Penapis Udara, Kritik Kerajaan Enggan Saman Indonesia

Lim Guan Eng Gesa Kerajaan Beri Rebat Cukai RM1,000 Beli Penapis Udara, Kritik Kerajaan Enggan Saman Indonesia

20/10/2026
0

KUALA LUMPUR - Bekas Menteri Kewangan yang juga Penasihat DAP, Lim Guan Eng menggesa kerajaan meluluskan rebat cukai khas RM1,000...

Bukit Panchor Pernah Dikenal Pasti Kawasan Berisiko Jenayah – Fadhlina Sidek

Bukit Panchor Pernah Dikenal Pasti Kawasan Berisiko Jenayah – Fadhlina Sidek

20/10/2026
0

NIBONG TEBAL - Ahli Parlimen Nibong Tebal, Datuk Seri Fadhlina Sidek berkata, Bukit Panchor pernah dikenal pasti sebagai kawasan berisiko...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd