• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Tuesday, October 20, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Perbicaraan Rasuah Air Sabah Diangguh Ke Tahun Depan

oleh AK-47
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KOTA KINABALU – Mahkamah Sesyen di sini hari ini menangguhkan perbicaraan kes melibatkan bekas pengarah Jabatan Air Negeri Sabah (JANS) dan dua lagi, yang berhadapan dengan pertuduhan pengubahan wang haram.

Hakim Abu Bakar Manat menetapkan 17 hari perbicaraan antara 5 Feb dan 22 Mac tahun depan untuk membolehkan pihak pembelaan memperkemas semua urusan sebagai persediaan bagi perbicaraan itu berikutan permohonan penangguhan mereka.

“Sebaik tarikh perbicaraan ditetapkan, mahkamah tidak akan melayan sebarang penangguhan lagi kecuali jika berbangkit keadaan yang genting. Oleh itu masa yang mencukupi diberikan bagi semua perkara (mengenai kes ini) untuk diselesaikan,” katanya.

Pada 28 Feb, Abu Bakar telah menetapkan 16 hari perbicaraan antara 4 Julai dan 25 Ogos tahun ini.

Tertuduh ialah bekas Pengarah JANS  Awang Mohd Tahir Mohd Talib, 55, isterinya Fauziah  Piut, 52 dan Penasihat Teknikal dan Kejuruteraan Kementerian Kewangan Sabah Lim Lam Beng, 63, bagi dakwaan pengubahan wang haram RM61.48 juta dan memiliki barang mewah daripada aktiviti haram.

Mereka didakwa mengikut Seksyen 4 (1) Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram, Pencegahan Pembiayaan Keganasan dan Hasil Daripada Aktiviti Haram 2001 yang membawa hukuman sehingga 5 tahun penjara atau denda sehingga RM5 juta atau kedua-duanya jika sabit kesalahan.

Peguam PJ Pereira, yang mewakili Awang Mohd Tahir dan Fauziah, memohon penangguhan kes sekurang-kurangnya enam bulan dari hari ini untuk membolehkan akauntan Awang Mohd Tahir menyediakan satu laporan pemilikan sejumlah RM30 juta.

Peguam Lim, Baldev Singh juga memerlukan masa untuk menyelesaikan perkara berhubung permohonan anak guamnya kepada Mahkamah Tinggi Kota Kinabalu untuk membawa peguam utama dari Semenanjung bagi perbicaraan itu.

Timbalan Pendakwa raya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia Tengku Amir Zaki Tengku Abdul Rahman berkata pendakwaan sudah bersedia untuk memulakan perbicaraan secepat mungkin, bagaimanapun tidak membantah penangguhan itu.

Tengku Amir Zaki memberitahu mahkamah bahawa pendakwaan akan memanggil 215 saksi untuk memberi keretangan. – BERNAMA

Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Lim Guan Eng Gesa Kerajaan Beri Rebat Cukai RM1,000 Beli Penapis Udara, Kritik Kerajaan Enggan Saman Indonesia

Lim Guan Eng Gesa Kerajaan Beri Rebat Cukai RM1,000 Beli Penapis Udara, Kritik Kerajaan Enggan Saman Indonesia

20/10/2026
0

KUALA LUMPUR - Bekas Menteri Kewangan yang juga Penasihat DAP, Lim Guan Eng menggesa kerajaan meluluskan rebat cukai khas RM1,000...

Bukit Panchor Pernah Dikenal Pasti Kawasan Berisiko Jenayah – Fadhlina Sidek

Bukit Panchor Pernah Dikenal Pasti Kawasan Berisiko Jenayah – Fadhlina Sidek

20/10/2026
0

NIBONG TEBAL - Ahli Parlimen Nibong Tebal, Datuk Seri Fadhlina Sidek berkata, Bukit Panchor pernah dikenal pasti sebagai kawasan berisiko...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd