KUALA LUMPUR – Syarikat yang mendaftar untuk Cukai Barang dan Perkhidmatan (GST) berjumlah 248,844 sehingga semalam, meningkat 7,182 berbanding Isnin, kata Jabatan Kastam Diraja Malaysia.
Jumlah syarikat yang berdaftar dengan GST kini melepasi sasaran kerajaan sebanyak 140,000 sehingga akhir tahun.
Perniagaan dengan jumlah pendapatan tahunan kurang daripada RM500,000 juga digesa mendaftar untuk GST sebagai persiapan untuk masa depan.
Mereka mempunyai masa sehingga 31 Disember untuk mendaftar bagi menjayakan sistem itu yang akan dilaksanakan mulai 1 April, 2015. – BERNAMA

