• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Sunday, November 1, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

JR Plus Berkesan Selesai Masalah Rakyat

oleh AK-47
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

ALOR SETAR – Jentera Jalinan Rakyat Plus (JR Plus) Barisan Nasional (BN)  yang dilancarkan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak April lepas amat berkesan dalam usaha mendekati pengundi bagi memudahkan kerajaan menyelesaikan permasalahan mereka.

Ketua Pergerakan Wanita UMNO Tan Sri Shahrizat Abdul Jalil berkata ini kerana berdasarkan pelaksanaan JR Pergerakan Wanita parti itu yang lepas sebelum ditransformasikan kepada JR Plus, ia diterima baik dalam kalangan rakyat.

Shahrizat berkata menerusi gerak kerja jentera itu, anggota UMNO memberikan perkhidmatan kepada rakyat dengan turun dari rumah ke rumah bagi mengenal pasti permasalahan yang dihadapi dan bukannya mendekati mereka untuk menghasut serta menabur fitnah.

“…Kenapa jentera politik Wanita (UMNO) ini amat efektif? Jentera politik Wanita sekian lama ini (merupakan) jentera perkhidmatan untuk rakyat…membantu memberikan khidmat kepada rakyat. Sekarang kita melalui transformasi dibawa masuk perdana menteri, kita bergabung Pemuda, Puteri dan Barisan Nasional menjadi satu keluarga turun ke bawah.

Indahnya JR dan JR Plus ini…pada saya (ia) diterima baik pengundi  (rakyat)  kerana ia merupakan perkhidmatan, kita jumpa rakyat untuk ketahui masalah rakyat, apa diperlukan mereka serta apa mesej yang mereka hendak sampaikan kepada pemimpin. Kita bantu selesai masalah mereka,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas majlis pelancaran gerak kerja JR dan JR Plus Pergerakan Wanita, Pemuda dan Puteri BN peringkat negeri di sini hari ini. Pelancaran itu disempurnakan Menteri Besar Kedah Datuk Seri Ahmad Bashah Md Hanipah yang juga Pengerusi BN negeri.

Shahrizat berkata sehubungan itu, anggota UMNO diingatkan supaya terus bersemangat dan berfikiran rasional dalam menggerakkan jentera JR Plus biarpun berdepan pelbagai tohmahan dan fitnah dilemparkan pihak lawan.

Beliau mengingatkan pemimpin dan anggota UMNO terutamanya jentera Wanita, agar tidak gentar dan berasa lemah semangat dengan cubaan pembangkang yang ingin memecahbelahkan perpaduan mereka. – BERNAMA

Tags: JR PlusTan Sri Shahrizat Abdul JalilUMNO
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

UMNO Lepaskan Kerusi Dimenangi Demi Perpaduan Ummah – Azrul Abu Hasan

UMNO Lepaskan Kerusi Dimenangi Demi Perpaduan Ummah – Azrul Abu Hasan

28/10/2026
0

MELAKA - UMNO sanggup melepaskan kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Paya Rumput yang dimenanginya sebelum ini dan bertanding di kerusi...

UMNO Kenang Tun Dr Siti Hasmah, Titip Doa Buat Tun Mahathir

UMNO Kenang Tun Dr Siti Hasmah, Titip Doa Buat Tun Mahathir

28/09/2026
0

KUALA LUMPUR – Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi menyifatkan pemergian Allahyarhamah Tun Dr Siti Hasmah Mohamad Ali...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd