• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, May 28, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

6 Termasuk Kakitangan Institusi Kewangan Direman

oleh AK-47
10/08/2017
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

JOHOR BAHRU – Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Johor menahan enam individu termasuk seorang kakitangan institusi kewangan selepas dipercayai meminta dan menerima rasuah berjumlah RM50,000 sebagai balasan menguruskan pinjaman peribadi seorang guru lelaki.

Menurut sumber, empat daripada mereka iaitu tiga lelaki dan seorang wanita, ditahan dua hari lepas di Rompin, Pahang dan Permas Jaya di sini, kerana dipercayai terlibat dengan permintaan wang rasuah tersebut.

Mereka kini direman tujuh hari sehingga 15 Ogos ini, kata sumber itu.

Sumber itu berkata dua lagi iaitu kedua-duanya wanita, ditahan semalam di sebuah rumah di Permas Jaya di sini dengan seorang daripada mereka bertugas sebagai penasihat kewangan di sebuah institusi kewangan di Skudai.

Kedua-dua mereka dibenarkan direman selama lima hari bermula hari ini.

Berdasarkan siasatan awal pasukan siasatan dengan kerjasama pasukan daripada unit integriti institusi kewangan tersebut, kesemua suspek berumur 29 hingga 33 tahun berkenaan dipercayai terlibat meminta wang rasuah sebagai balasan menguruskan pinjaman peribadi yang melibatkan jumlah RM190,000.

Kes tersebut disiasat mengikut Seksyen 16 (a)(A) Akta SPRM 2009 yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga 20 tahun atau lima kali ganda nilai suapan, mengikut mana yang lebih tinggi.

Pengarah SPRM Johor Datuk Azmi Alias ketika dihubungi mengesahkan penahanan tersebut dan percaya kes berkenaan dilakukan secara berkumpulan.

Azmi turut menyeru individu yang pernah mengalami situasi seumpama agar tampil memberi maklumat kepada SPRM. – BERNAMA

Tags: Kes Rasuah
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Pegawai Kanan ATM Ditahan Kes Rasuah Kerja Perbekalan RM150,000

Pegawai Kanan ATM Ditahan Kes Rasuah Kerja Perbekalan RM150,000

28/01/2026
0

MELAKA: Seorang pegawai kanan tentera ditahan reman selepas disyaki meminta dan menerima rasuah kira-kira RM150,000 berkait kerja perbekalan bahan mentah...

Lima Direman Kes Rasuah Pegawai Kanan TLDM

Lima Direman Kes Rasuah Pegawai Kanan TLDM

28/01/2026
0

KUALA LUMPUR: Lima individu direman bagi membantu siasatan berhubung dakwaan rasuah membabitkan pelantikan syarikat kroni seorang pegawai kanan Tentera Laut...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd