• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Tuesday, October 20, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

JPA Anjur Hari Perhimpunan 1Pesara M’sia

oleh AK-47
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

PUTRAJAYA – Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) akan menganjurkan Hari Perhimpunan 1Pesara Malaysia pada 15 dan 16 Ogos ini di Malaysia Agro Exposition Park Serdang (MAEPS) Serdang, Selangor.

JPA berkata antara aktiviti pada program yang akan dirasmikan oleh Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri D. Ahmad Zahid Hamidi itu ialah seminar dan diskusi persediaan persaraan, pameran kementerian, agensi kerajaan serta swasta; saringan kesihatan dan perkhidmatan klinik bergerak dan padanan kerjaya kepada pesara.

“Semua pesara dan bakal pesara sektor awam serta orang ramai dijemput hadir bagi memeriahkan acara tersebut,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Menurut JPA, 1Pesara atau 1Malaysia Civil Service Retirement Support merupakan inisiatif di bawah Strategi Lautan Biru Kebangsaan yang digagaskan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak bagi membantu golongan pesara dan bakal pesara supaya terus produktif dalam menyusuri alam persaraan.

Inisiatif itu penting bagi memastikan kelangsungan sumbangan serta produktiviti mereka kepada masyarakat dan negara selain memberikan pelbagai faedah kepada pesara khususnya dari segi kebajikan dan kesejahteraan, kesihatan, pengurusan kewangan serta kerjaya selaras dengan tema program “Pesara Aktif, Negara Sejahtera”, kata JPA. – BERNAMA

Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Lim Guan Eng Gesa Kerajaan Beri Rebat Cukai RM1,000 Beli Penapis Udara, Kritik Kerajaan Enggan Saman Indonesia

Lim Guan Eng Gesa Kerajaan Beri Rebat Cukai RM1,000 Beli Penapis Udara, Kritik Kerajaan Enggan Saman Indonesia

20/10/2026
0

KUALA LUMPUR - Bekas Menteri Kewangan yang juga Penasihat DAP, Lim Guan Eng menggesa kerajaan meluluskan rebat cukai khas RM1,000...

Bukit Panchor Pernah Dikenal Pasti Kawasan Berisiko Jenayah – Fadhlina Sidek

Bukit Panchor Pernah Dikenal Pasti Kawasan Berisiko Jenayah – Fadhlina Sidek

20/10/2026
0

NIBONG TEBAL - Ahli Parlimen Nibong Tebal, Datuk Seri Fadhlina Sidek berkata, Bukit Panchor pernah dikenal pasti sebagai kawasan berisiko...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd