• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, May 28, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

SPRM Ambil Dokumen Berhubung Kilang Haram

oleh AK-47
10/08/2017
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

BUKIT MERTAJAM – Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia ( SPRM) hari ini mengambil beberapa dokumen dari pejabat Majlis Perbandaran Seberang Perai ( MPSP) di Bandar Perda, di sini bagi membantu siasatan berhubung kes sebuah kilang beroperasi secara haram di Sungai Lembu sejak 10 tahun lepas.

Sepasukan pegawai SPRM tiba di bangunan MPSP kira-kira 10.30 pagi dan beredar dari pejabat pihak berkuasa tempatan itu bersama beberapa dokumen berkaitan kira-kira tiga jam kemudian.

Menurut sumber, dokumen itu diambil bagi membantu siasatan kes kilang memproses serbuk kayu yang beroperasi sejak 10 tahun lepas dikatakan tanpa permit  di atas tanah berstatus tanah pertanian.

“Kami turut menyerbu kilang berkenaan dan merampas dokumen-dokumen berkaitan di premis itu dan SPRM turut menahan penyelia kilang itu berusia 70 tahun. Dia dibawa ke pejabat SPRM cawangan Seberang Perai untuk diambil keterangan,” katanya.

Sebanyak 50 pegawai dan anggota SPRM dibantu Jabatan Imigresen, Jabatan Alam Sekitar dan Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) Putrajaya terlibat dalam operasi itu.

Sumber itu berkata dalam operasi itu pihak LHDN turut mengambil beberapa dokumen dipercayai berkaitan tidak melaporkan pendapatan dengan betul dan pihak Imigresen pula menahan sembilan pekerja kilang terdiri daripada lapan lelaki dan seorang wanita Myanmar kerana tidak mempunyai dokumen perjalanan yang sah serta tiada permit kerja.

“Jabatan Alam Sekitar pula mendapati kilang terbabit tidak mempunyai sistem kawalan pencemaran udara dan akan mengambil tindakan atas kesalahan mengikut Peraturan-Peraturan Kualiti Alam Sekeliling 2014,” katanya.

Sementara itu Timbalan Ketua Pesuruhjaya (Operasi) SPRM Datuk Azam Baki ketika dihubungi mengesahkan mengenai operasi itu dan siasatan sedang dijalankan.

Isu berhubung kilang haram itu pernah dibangkitkan Anggota Dewan Undangan Negeri Penanti Norlela Ariffin pada persidangan Dewan Undangan Negeri yang mendakwa banyak kilang haram dibiar beroperasi di Penanti tanpa tindakan lanjut oleh kerajaan negeri pimpinan DAP malah sesetengah kilang itu tidak mengikut garis panduan keselamatan, selain tidak mematuhi prosedur alam sekitar. – BERNAMA

Tags: SPRM
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Tiada Unsur Rasuah Pemberimilikan Kolam Takungan Banjir – Hannah Yeoh

Tiada Unsur Rasuah Pemberimilikan Kolam Takungan Banjir – Hannah Yeoh

26/05/2026
0

KUALA LUMPUR - Tiada unsur rasuah, penyelewengan serta salah guna kuasa dalam proses pemberimilikan enam kolam takungan banjir Dewan Bandaraya...

Rafizi Disoal Siasat Hampir 9 Jam, Sempat Ingatkan Pegawai SPRM Tanggungjawab Muslim

Rafizi Disoal Siasat Hampir 9 Jam, Sempat Ingatkan Pegawai SPRM Tanggungjawab Muslim

05/05/2026
0

KUALA LUMPUR – Bekas Menteri Ekonomi, Datuk Seri Rafizi Ramli memaklumkan sesi soal siasat hari pertamanya bersama Suruhanjaya Pencegahan Rasuah...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd