• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Wednesday, May 27, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Nilai Jualan Dagangan Borong, Runcit Naik 8.6%

oleh AK-47
10/08/2017
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

Kuala Lumpur – Nilai jualan perdagangan borong dan runcit meningkat 8.6 peratus kepada RM96.9 bilion pada Jun 2017 berbanding tempoh yang sama tahun lepas.

Nilai jualan tersebut terdiri daripada perniagaan perdagangan borong (RM46.9 bilion), perdagangan runcit (RM38.1 bilion) dan kenderaan bermotor (RM11.8 bilion) .

Menurut Jabatan Perangkaan dalam kenyataan hari ini, perdagangan runcit yang mencatatkan peningkatan tahunan 13.9 peratus kepada RM38.1 bilion menyumbang kepada pertumbuhan yang positif.

Katanya indeks volum perdagangan borong dan runcit meningkat 7.0 peratus tahun ke tahun kepada 159.7 mata pada Jun 2017, disokong oleh peningkatan dalam perdagangan runcit sebanyak 12.7 peratus kepada 164.7 mata.

Jabatan itu berkata nilai jualan perniagaan perdagangan borong naik 8.4 peratus tahun ke tahun kepada RM46.9 bilion, manakala indeks volum perdagangan borong meningkat 5.7 peratus tahun ke tahun kepada 167.8 mata.

Katanya perniagaan kenderaan bermotor, satu lagi komponen indeks, bagaimanapun, susut 4.8 peratus tahun ke tahun kepada RM11.8 bilion.

“Nilai jualan perniagaan kenderaan bermotor merosot 6.7 peratus berbanding bulan sebelumnya manakala dari segi tahun ke tahun, indeks volum kenderaan bermotor turun 6.3 peratus kepada 126.4 mata pada Jun 2017,” menurut jabatan itu. – BERNAMA

Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Ramanan Seru Hayati Kisah Pengorbanan Nabi Ibrahim, Nabi Ismail A.S

Ramanan Seru Hayati Kisah Pengorbanan Nabi Ibrahim, Nabi Ismail A.S

27/05/2026
0

KUALA LUMPUR - Naib Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri R Ramanan menyeru masyarakat menghayati kisah pengorbanan Nabi Ibrahim...

Isu UEC, Bahasa Kebangsaan Tidak Timbul Jika Sistem Sekolah Satu Aliran – Anuar Ahmad

Isu UEC, Bahasa Kebangsaan Tidak Timbul Jika Sistem Sekolah Satu Aliran – Anuar Ahmad

27/05/2026
0

KUALA LUMPUR – Pensyarah dan pakar pendidikan, Dr. Anuar Ahmad mempersoalkan kesungguhan pelbagai pihak dalam merealisasikan sistem sekolah satu aliran...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd