• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, September 28, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Banjir: Lebih 100 Pelancong Kandas Di Taman Negara Jerantut

oleh Ahmad Albab
dalam Hangat
1
Share on FacebookShare on Twitter

Limpahan air Sungai Tembeling di Kuala Tahan, Jerantut yang melepasi paras bahaya 76.56 meter dan mengakibatkan banjir melanda kawasan resort di situ, membawa berita buruk apabila lebih 100 pelancong luar negara dan tempatan terperangkap di situ.

Paras air terbaharu itu merupakan rekod tertinggi pernah dicatatkan semenjak banjir terbesar melanda kawasan tersebut pada 1971.

Menurut laporan portal The Malaysian Insider, senario itu menyebabkan arus deras dan jeti Kuala Tahan terpaksa ditutup, sekaligus menyukarkan perkhidmatan bot bagi menyelamatkan pelancong.

Menurut seorang kakitangan resort, kesemua pelancong tersebut datang dari Perancis, Kanada, Jerman dan Belanda, selain pelancong tempatan.

Tambahnya, para pelancong terbabit dijadualkan pulang semalam, namun disebabkan hujan lebat dan paras air naik mendadak, mereka tidak dapat keluar dari kawasan itu.

“Namun kami memastikan kesemua pelancong berkenaan berada dalam keadaan selamat,” ujarnya.

Difahamkan, satu mesyuarat khas akan diadakan petang Rabu oleh pihak berkaitan termasuk polis dan Pejabat Daerah Jerantut bagi membincangkan solusi sementara, sebelum operasi menyelamatkan mangsa dapat dilakukan. – MYNEWSHUB.CC

Astro Awani – Tengku Mahkota Pahang Melawat Mangsa Banjir Di Kuantan

Tags: BanjirPahang
Share199Tweet125SendShare

Related Posts

PMX Anwar Arah Kedutaan Guna Segala Sumber Bantu Rakyat Malaysia Terjejas Banjir Nepal-China

PMX Anwar Arah Kedutaan Guna Segala Sumber Bantu Rakyat Malaysia Terjejas Banjir Nepal-China

27/08/2026
0

KUALA LUMPUR – Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengarahkan misi diplomatik Malaysia menggunakan segala sumber yang diperlukan bagi membantu...

Hampir 900 Ekor Ular Termasuk Tedung Berbisa Terlepas Dari Ladang

Hampir 900 Ekor Ular Termasuk Tedung Berbisa Terlepas Dari Ladang

11/07/2026
0

Oleh Mynewshub  BEIJING – Penduduk sebuah kampung di selatan China berdepan ancaman baharu selepas dianggarkan sehingga 900 ekor ular terlepas...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd