• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, May 22, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Kerajaan Proaktif Tangani Penurunan Harga Lada

oleh Ahmad Albab
10/08/2017
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Kementerian Perusahaan Perladangan dan Komoditi sentiasa mengambil langkah proaktif dalam mengatasi penurunan harga lada di pasaran termasuk menetapkan satu paras harga sekiranya harga bahan itu terus jatuh.

Timbalan Menterinya, Datuk Datu Nasrun Datu Mansur berkata selepas harga lada ditetapkan pada satu paras, kerajaan seterusnya akan memberi bantuan sewajarnya kepada pekebun lada.

“Selain memberi insentif dan input kepada mereka, Lembaga Lada Malaysia (MPB) turut menyediakan kilang bagi pekebun menyimpan hasil lada dan menjualnya ketika harga lada naik,” katanya pada persidangan Dewan Rakyat hari ini.

Beliau berkata demikian bagi menjawab soalan tambahan Datuk Joseph Salang Gandum (BN-Julau) yang ingin tahu langkah dan tindakan MPB dalam menghadapi situasi penurunan harga lada dan nasib peladang industri itu.

Sementara itu, menjawab soalan Salang mengenai persediaan kementerian bagi meletakkan MPB di bawah Kementerian Pemodenan Pertanian Negeri Sarawak memandangkan lada merupakan hasil keluaran pekebun dari negeri itu, Datu Nasrun berkata MPB bertanggungjawab menerajui industri lada di seluruh Malaysia, seperti yang termaktub dalam Akta Lembaga Lada Malaysia (Akta 656).

“Sekiranya MPB diletakkan di bawah kementerian yang disarankan, kawal selia industri lada hanya terbatas kepada bidang kuasa negeri sahaja, sedangkan peningkatan keluasan tanaman lada bukan hanya di Sarawak tetapi juga di Semenanjung dan Sabah.

“Tanaman ini akan diperluaskan di kawasan utara Semenanjung dalam masa terdekat bergantung kepada peruntukan yang akan diluluskan dan kesesuaian tanah,” katanya. – BERNAMA

Tags: KerajaanLADA
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Jangan Sempitkan Isu UEC, Lihat Juga Sekolah Tahfiz – Wan Mahussin

Jangan Sempitkan Isu UEC, Lihat Juga Sekolah Tahfiz – Wan Mahussin

15/05/2026
0

KUALA LUMPUR - Ketua Penerangan Pemuda UMNO Jeli, Wan Mahussin Wan Zain mendakwa isu kemasukan lulusan Sijil Peperiksaan Bersepadu (UEC)...

Bekas Pemimpin DAP Ronnie Liu Dakwa Penternak Babi Keliru, Buntu

Bekas Pemimpin DAP Ronnie Liu Dakwa Penternak Babi Keliru, Buntu

08/05/2026
0

KUALA LUMPUR - Bekas pemimpin DAP, Ronnie Liu Tian Khiew mendakwa penternak babi kini berada dalam keadaan keliru dan buntu...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd