• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Tuesday, May 26, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Fokus Kumpulan Baru, Joe Enggan Balik Kepada Wings

oleh Ahmad Albab
10/08/2017
dalam Artis, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

GITARIS Joe masih belum mengeluarkan sebarang kenyataan sama ada dia memang sudah meninggalkan kumpulan Wings dan menganggap spekulasi yang dibuat bersikap subjektif.

Tidak mahu mengelas tentang perkara tersebut, Joe berkata dia tidak simpan hasrat kembali bersama kumpulan itu kerana merasakan sudah tiba masanya untuk beri tumpuan kepada kumpulan baharunya, Prime Domestic.

Selain Joe atau nama sebenarnya Abdul Zamin Abdul Kadir, Prime Domestic turut dianggotai oleh bekas gitaris Search, Hillary Ang, Gee (Bes), Aweera (Vokalis) dan Ainoll (dram).

KUMPULAN TERBARU JOE, PRIME DOMESTIC. – FOTO MSTAR ONLINE

“Saya tidak pernah mengulas tentang ini kepada sesiapa termasuk media yang saya sudah keluar atau disingkirkan daripada Wings.

“Rasanya itu spekulasi pihak lain yang saya anggap bersifat subjektif.

“Tetapi saya juga tidak akan kembali bersama mereka. Cukuplah, saya dah penat dan sekarang fokus saya kepada Prime Domestic,” katanya kepada mStar Online.

Tambah Joe, dia juga tidak kisah jika terpaksa bermula semula dari bawah walaupun sudah membina nama bersama Wings sejak 31 tahun lalu.

Sebaliknya kata Joe, dia juga bertuah kerana Prime Domestic memberikan peluang kepadanya untuk bekerjasama dengan pemuzik yang hebat dan berpengalaman luas. – MYNEWSHUB.CC

Tags: joeprime domesticwings
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Persembahan Solo Joe Di Hard Rock Cafe

30/11/2018
0

JOE berjanji akan mempersembahkan lagu-lagu permintaan yang disuarakan oleh peminatnya terutama di Facebook pada persembahan di Hard Rock Cafe nanti....

Pastinya Bukan Bakat Program Realiti – Joe

23/11/2018
0

KUALA LUMPUR - Pemain gitar utama Prime Domestic, Joe tidak berhasrat mengambil penyanyi yang dilahirkan daripada program realiti sebagai pengganti...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd