• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, May 28, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Serah Jalur Gemilang Kepada Pendaki Gunung Elbrus

oleh AK-47
10/08/2017
dalam Gaya Hidup, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini menyerahkan Jalur Gemilang kepada enam peserta Kembara Srikandi Prihatin yang bakal menjalankan misi mendaki puncak Gunung Elbrus, Rusia pada 23 Ogos ini.

Misi pendakian ke gunung tertinggi di Eropah berketinggian 5, 642 meter itu melibatkan enam peserta wanita iaitu Nurul Huda Shamsuddin, 31, Nir Azmin Adnan, 34, Fairul Asmaini Mohd Pilus, 35, Ummu Farah Haidar Zulkifli, 30, Fazilah Abd Manan, 41 dan Ren’ee Aziz Ahmad, 56, yang juga bekas pesakit kanser payudara.

Hadir sama Timbalan Menteri Pelancongan dan Kebudayaan yang juga Ketua Puteri UMNO, Datuk Mas Ermieyati Samsudin.

Mas Ermieyati berkata ekspedisi anjuran Persatuan Kembara Negara dengan kerjasama Puteri UMNO itu adalah acara kemuncak bagi Kempen Kembara Srikandi Prihatin yang diadakan bagi mempromosikan gaya hidup sihat melalui aktiviti luar dan lasak dalam kalangan rakyat Malaysia.

“Kempen itu yang dilaksanakan di bawah projek #Negaraku turut menekankan peranan wanita dalam sesebuah negara, selain menjadi sumber inspirasi kepada rakyat Malaysia bahawa cabaran seperti penyakit (kanser) atau krisis hidup tidak menghalang seseorang untuk menyumbang sesuatu kepada bangsa dan negara,” katanya pada sidang akhbar selepas majlis itu di Pusat Dagangan Dunia Putra di sini.

Beliau berkata para peserta akan memulakan pendakian dari Perkampungan Terskol, Rusia dengan tempoh perjalanan selama tujuh hari enam malam untuk perjalanan pergi dan balik.

Mas Ermieyati berkata kumpulan ekspedisi itu turut berhasrat mengibarkan Jalur Gemilang di puncak Gunung Elbrus bersempena Hari Kebangsaan pada 31 Ogos ini.

Menurutnya program pendakian itu juga bertujuan mengumpul dana untuk membantu beberapa pihak termasuk Rumah Pemulihan dan Perlindungan Darul Wardah, Persatuan Kebajikan Barah Payudara dan Majlis Kanser Nasional (MAKNA). – BERNAMA

Tags: Datuk Seri Najib Tun Razak
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Semoga Aidiladha Kali Ini Hadir Bersama Khabar Baik – Nazif Najib

Semoga Aidiladha Kali Ini Hadir Bersama Khabar Baik – Nazif Najib

26/05/2026
0

KUALA LUMPUR - Desas-desus kemungkinan pembebasan bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak semakin bertiup kencang susulan satu hantaran...

DAP Dedah Pertemuan Kit Siang Dengan Kem UMNO Anti-Najib Sebelum PRU14

DAP Dedah Pertemuan Kit Siang Dengan Kem UMNO Anti-Najib Sebelum PRU14

19/05/2026
0

KUALA LUMPUR - Pengarah Strategik DAP mengimbas strategi Pakatan Harapan (PH) menumbangkan kerajaan Barisan Nasional (BN) pimpinan Datuk Seri Najib...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd