• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Wednesday, October 21, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Kerajaan Sentiasa Penuhi Keperluan Projek Kesihatan

oleh AK-47
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

GEORGE TOWN – Kementerian Kesihatan sentiasa menunaikan janji dalam menjalankan projek-projek menaik taraf hospital dan klinik kesihatan di seluruh negara mengikut keperluan, termasuk di Pulau Pinang, kata Menterinya, Datuk Seri S. Subramaniam.

Beliau berkata pelbagai projek menaik taraf hospital telah diluluskan oleh kerajaan persekutuan khususnya untuk rakyat di Pulau Pinang.

“Pelbagai projek untuk menaik taraf hospital-hospital di negeri ini telah diluluskan demi kepentingan penduduk Pulau Pinang dan dakwaan terdapat kelewatan dalam meluluskan peruntukan adalah tidak benar,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan Persidangan Peranti Perubatan Antarabangsa 2017, di sini hari ini.

Beliau mengulas kenyataan Ketua Menteri Lim Guan Eng pada Isnin lepas yang dilaporkan meminta Kementerian Kesihatan melaksanakan janji untuk menjalankan projek-projek menaik taraf hospital di negeri ini tanpa sebarang kelewatan.

Mengulas lanjut, Dr Subramaniam berkata kerajaan persekutuan meluluskan peruntukan berjumlah RM250 juta untuk membina bangunan baharu bagi wanita dan kanak-kanak di Hospital Pulau Pinang.

Selain Hospital Pulau Pinang, Dr Subramaniam berkata kementerian juga telah melaksanakan projek pembinaan bangunan baharu di Hospital Seberang Jaya bernilai RM486 juta manakala perancangan sedang dibuat untuk menaik taraf Hospital Balik Pulau.

“Banyak yang sedang berlaku di Pulau Pinang, jadi mungkin Ketua Menteri tidak buka mata dan tengok semua ini,” katanya.

Beliau berkata Kementerian Kesihatan juga sedang meneliti kawasan yang sesuai untuk menempatkan unit pesakit luar Hospital Pulau Pinang bagi mengurangkan kesesakan. – BERNAMA

Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Lim Guan Eng Gesa Kerajaan Beri Rebat Cukai RM1,000 Beli Penapis Udara, Kritik Kerajaan Enggan Saman Indonesia

Lim Guan Eng Gesa Kerajaan Beri Rebat Cukai RM1,000 Beli Penapis Udara, Kritik Kerajaan Enggan Saman Indonesia

20/10/2026
0

KUALA LUMPUR - Bekas Menteri Kewangan yang juga Penasihat DAP, Lim Guan Eng menggesa kerajaan meluluskan rebat cukai khas RM1,000...

Bukit Panchor Pernah Dikenal Pasti Kawasan Berisiko Jenayah – Fadhlina Sidek

Bukit Panchor Pernah Dikenal Pasti Kawasan Berisiko Jenayah – Fadhlina Sidek

20/10/2026
0

NIBONG TEBAL - Ahli Parlimen Nibong Tebal, Datuk Seri Fadhlina Sidek berkata, Bukit Panchor pernah dikenal pasti sebagai kawasan berisiko...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd