• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, April 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Penduduk Bukit Berlian Gusar Setiap Kali Hujan Lama

oleh AK-47
09/08/2017
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

MELAKA – Perasaan penduduk Kampung Bukit Berlian di Klebang sentiasa resah apabila hujan turun berterusan kerana kemungkinan akan berlaku banjir.

Seorang guru Nabilah Mat Zin, 38, berkata sejak berpindah ke kampung itu tiga tahun lepas, beliau sentiasa merasa bimbang kerana air akan naik begitu cepat sehingga mudah mengakibatkan banjir.

Ibu kepada lima orang cahaya mata ini berkata mereka sekeluarga menghadapi musibah banjir saban tahun yang turut menjejaskan persekolahan anak-anaknya dan waktu bekerja mereka suami isteri.

“Turut terasa penat kerana setiap kali selepas banjir, kami kena membersihkan rumah. Sehubungan itu saya berharap agar kerajaan negeri mengambil tindakan segera bagi memastikan kejadian seperti ini tidak berulang di kampung kami. Penduduk penat hadapi banjir setiap tahun,” katanya kepada Bernama.

Hujan yang turun sejak pagi semalam menyebabkan 46 penduduk daripada lima keluarga di kampung itu dipindahkan, namun air dilapor surut tengah hari tadi.

“Ini kali pertama kami diarahkan berpindah kerana tahun-tahun sebelum ini kami sekeluarga menumpang di rumah ibu mertua saya sehingga air surut,” kata Nabilah.

Seorang peniaga Suriani Abdul Rahman, 43, berkata tahun ini banjir semakin kerap berikutan keadaan cuaca yang tidak menentu.

“Air naik sikit-sikit tapi kerap berlaku hingga banjir. Kami dah tak larat nak mengemas kerana kerap berlaku banjir,.

“Saya berharap kerajaan negeri dan agensi yang berkaitan bersama-sama berganding bahu dalam menyelesaikan masalah ini,” katanya di pusat pemindahan di Sekolah Kebangsaan Taman Bukit Rambai.

Pelajar Tingkatan Tiga Sekolah Menengah Kebangsaan Seri Tanjung,

Muhammad Shafiq Shafiee berkata banjir sedikit sebanyak menjejaskan persediaannya menghadapi Pentaksiran Tingkatan Tiga (PT3).

“Buku sekolah saya rosak akibat terkena air banjir. Saya bimbang tidak dapat mengulang kaji sedangkan PT3 sudah semakin hampir.

“Saya hari ini tidak dapat ke sekolah kerana berada di pusat pemindahan,” katanya. – BERNAMA

Tags: Hujan
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Amaran Hujan Berterusan Di 4 Negeri Ditamatkan – MetMalaysia

Amaran Hujan Berterusan Di 4 Negeri Ditamatkan – MetMalaysia

05/01/2025
0

KUALA LUMPUR : Amaran hujan berterusan tahap waspada di Kelantan, Terengganu, Pahang dan Johor yang dikeluarkan pada 1 Januari lalu,...

Tunggu Allah Turunkan Hujan, Empangan Akan Penuh Balik – Sanusi

Tunggu Allah Turunkan Hujan, Empangan Akan Penuh Balik – Sanusi

04/08/2024
0

Tunggu Allah turunkan hujan bagi menampung kekeringan air takungan empangan di Kedah, kata Menteri Besar, Muhammad Sanusi Md Nor. IKUTI...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd