• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, May 28, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Ibu Tunggal Bayar RM187 Sebulan Miliki Rumah

oleh AK-47
09/08/2017
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

MARANG – “Seronoknya bukan kepalang apabila diberitahu saya dapat rumah sendiri dengan bayaran paling murah RM187 sebulan,” kata ibu tunggal Zaleha Ismail, 54.

Beliau tidak dapat tidur semalaman sebaik sahaja menerima berita gembira itu dan tidak sabar mahu menerima surat tawaran daripada Unit Perumahan di bawah Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri.

Zaleha yang juga orang kurang upaya (OKU) yang lumpuh akibat penyakit saraf ketika menghidap demam panas sewaktu kecil, berkata beliau sama sekali tidak menyangka akan dapat memiliki rumah sendiri selepas 25 tahun hidup menyewa di beberapa lokasi.

Sepanjang tempoh tersebut, beliau sekeluarga berpindah randah sebanyak lapan kali kerana mahu mencari rumah sewa pada harga yang murah kerana pendapatan arwah suaminya yang tidak menentu ketika itu.

“Memang sangat susah berpindah randah dari satu rumah ke rumah yang lain kerana anak-anak masih kecil dan kena bertukar sekolah selalu.

“Paling murah saya dapat sewa RM200 sebulan dan paling mahal RM400 sebulan. Namun kini saya lega kerana dapat tinggal di rumah sendiri pada harga yang sangat murah. Syukur Alhamdulillah,” katanya kepada Bernama.

Beliau adalah antara 297 rakyat Terengganu yang terpilih sebagai penerima Rumah Mampu Milik (RMM) di Bukit Gasing, Marang yang siap dibina pada akhir Disember 2015 dan mereka dibenarkan tinggal di situ pada Jun 2016.

Melalui projek itu, rumah yang berharga RM125,000 hanya dijual pada harga RM68,000 kepada golongan yang layak dengan bayaran ansuran bulanan RM187 selama 30 tahun tanpa caj faedah.

Zaleha berkata beliau membuat permohonan pemilikan rumah sebanyak dua kali iaitu pada tahun 2005 dan 2009.
“Nasib saya sangat baik kerana permohonan tahun 2009 mendapat perhatian Unit Perumahan dan mereka terus menjalankan siasatan untuk memastikan pemilikan rumah ini dijalankan dengan telus.

“Mereka turun padang meninjau sendiri status pemilikan rumah saya sebelum meluluskan permohonannya dan tempoh siasatan hingga mendapat pengesahan itu pun tidak lama, hanya enam bulan,” kata ibu kepada tiga anak ini.
Beliau bagaimanapun agak terkilan kerana arwah suaminya tidak sempat tinggal di rumah itu kerana meninggal dunia akibat serangan jantung pada Mac 2016.

“Arwah sangat gembira bila mendapat tahu kami layak memiliki rumah subsidi ini kerana kami langsung tidak pernah bermimpi mengenainya kerana sedar kekangan kewangan yang kami hadapi.
“Namun kerajaan Barisan Nasional (BN) yang prihatin di Terengganu ini berjaya membangunkan projek ini dan kami bertuah kerana dapat manfaatnya,” katanya.

Sementara itu Pengerusi Jawatankuasa Kerajaan Tempatan dan Perumahan Negeri, Datuk Mohd Jidin Shafie berkata kerajaan BN telah berjanji akan membina 10,000 unit rumah dalam manifesto pilihan raya umum ke-13 yang lalu.

“Kerajaan BN janji bina 10,000 unit namun kami berjaya menyediakan sebanyak 11,496 unit rumah selepas PRU13 dan itu bukti kecemerlangan BN Terengganu melaksanakan janji dalam manifesto tersebut.

Selain Rumah Mampu Milik, kerajaan turut menyediakan Perumahan Rakyat 1Malaysia (PR1MA), Perumahan Penjawat Awam 1Malaysia (PPA1M) dan Projek Perumahan Rakyat (PPR).

“Semua projek perumahan itu dijangka siap secara berperingkat mulai tahun depan dan ada sebahagiannya kini di dalam pembinaan fasa akhir seperti di Kampung Mak Chili, Bukit Mentok dan Mak Lagam di Kemaman serta Padang Air di Kuala Terengganu dan Kampung Air Sejuk di Setiu.

“Kerajaan negeri sangat komited dalam melaksanakan projek perumahan sejajar dengan fokus Menteri Besar, Datuk Seri Ahmad Razif Abdul Rahman ketika ini untuk mengatasi masalah 3P iaitu perumahan, pekerjaan dan peningkatan kos sara hidup,” katanya. – BERNAMA

Tags: Perumahanrumah mampu milik
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Selangor Tawar Rumah Mampu Milik Lengkap Perabot Asas

08/04/2022
0

SHAH ALAM : Projek Rumah Idaman yang akan dibina di Seksyen U8, Bukit Jelutong di sini ditawarkan pada harga mampu...

Kerajaan Tak Beri Kerakyatan Orang Luar Beli Rumah

14/10/2019
0

LANGKAWI - Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad berkata penurunan had harga rumah untuk pembeli asing kepada RM600,000 bertujuan mengurangkan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd