• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, May 21, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Legenda Muzik Country Glen Campbell Meninggal Dunia

oleh AK-47
10/08/2017
dalam Artis, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

WASHINGTON DC – Legenda muzik country Amerika Syarikat, Glen Campbell, yang cukup popular menerusi lagu Rhinestone Cowboy meninggal dunia pada usia 81 tahun.

Campbell yang jualan albumnya pernah mencecah berjuta-juta unit sepanjang berdekad menjadi anak seni meninggal dunia akibat penyakit Alzheimer di Nashville, Tennessee.

“Dengan penuh dukacita dan berat hati kami mengumumkan pemergian seorang suami, ayah, datuk dan penghibur serta pemain gitar legenda,” kata keluarganya dalam satu kenyataan.

Sepanjang kerjayanya, lebih daripada 70 album pemilik nama sebenar Glen Travis Campbell ini terjual lebih daripada 50 juta unit.

Mendiang juga pernah meraih enam Anugerah Grammy, termasuk Anugerah Pencapaian Sepanjang Hayat, keahlian di Country Music Hall of Fame dan Musicians Hall of Fame. – AFP

Tags: artis meninggal duniapenyanyi
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Pelakon Jalil Hamid Meninggal Dunia Pada Usia 69 Tahun

Pelakon Jalil Hamid Meninggal Dunia Pada Usia 69 Tahun

04/05/2026
0

KUALA LUMPUR - Pelakon, penyanyi dan pelawak tanah air, Jalil Hamid, 69, meninggal dunia dalam tidur di rumahnya tengah hari...

Penyanyi Lagu ‘Bae Soba Bae’ Mahu Terus Aktif Selepas Bebas

Penyanyi Lagu ‘Bae Soba Bae’ Mahu Terus Aktif Selepas Bebas

21/12/2024
0

NARATHIWAT: Penyanyi dikir barat dari Kelantan yang didakwa ditahan bersama 6,000 pil kuda di sebuah hotel di Sungai Golok dekat...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd