• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, May 28, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Real Madrid Juarai Piala Super Eropah, Benamkan MU

oleh AK-47
10/08/2017
dalam Sukan, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

SKOPJE – Jaringan Isco menjadi pemisah ketika Real Madrid terselamat daripada kebangkitan Manchester United untuk menang 2-1 sekali gus menjulang Piala Super UEFA di ibu negara Macedonia, awal pagi tadi.

Casemiro meletakkan juara bertahan Liga Juara-Juara itu di depan pada minit ke-24 pada malam yang panas dekat Balkan dan Isco menggandakan kelebihan mereka tujuh minit bermula babak kedua menerusi gerakan satu dua dengan Gareth Bale.

Jurang perbezaan antara Real – dengan Cristiano Ronaldo tampil sebagai pemain gantian lewat permainan – dan juara Piala Europa United yang dibimbangi Jose Mourinho akan memihak kepada gergasi Sepanyol itu dengan jaringan lebih besar.

Namun, Romelu Lukaku kembali merapatkan kedudukan selepas sejam, menandakan penampilan kompetitif pertamanya buat United dan peningkatan besar dari kelab Liga Perdana Inggeris itu pada penghujung permainan.

Kedudukan 2-1 itu kekal hingga tamat perlawanan dengan skuad Zinedine Zidane memenangi trofi berkenaan buat kali kedua berturut-turut dan empat kali secara keseluruhan.

Ini adalah kali kelapan dalam sembilan tahun kelab dari Sepanyol memenangi Piala Super.

“Semua kerana kerja keras. Kami tahu ada ramai pemain berbakat dalam pasukan ini dan mereka juga amat dahagakan kejayaan, mereka sentiasa mahukan yang lebih,” kata Zidane sejurus perlawanan.

“Hari ini hampir menjadi perlawanan yang sempurna, dan babak pertama yang menakjubkan.” – AFP

Tags: Manchester UnitedReal MadridUEFA
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Manchester United Kembali Ke Malaysia 28 Mei

Manchester United Kembali Ke Malaysia 28 Mei

08/04/2025
0

KUALA LUMPUR: Juara 13 kali Liga Perdana Inggeris, Manchester United akan kembali ke Malaysia selepas 16 tahun dalam siri jelajah...

Bukan Calang-Calang, Bintang Manchester United Doakan Faisal Halim

Bukan Calang-Calang, Bintang Manchester United Doakan Faisal Halim

11/05/2024
0

Kuala Lumpur : Rasa simpati terhadap tonggak Harimau Malaya Faisal Halim bukan hanya dirasai komuniti bola sepak tempatan namun turut...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd