• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, May 28, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

‘Kempen LOL’ Giant Kurangkan Belanja Isi Rumah

oleh AK-47
09/08/2017
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

SHAH ALAM – Rangkaian pasar raya hiper keluarga terkemuka, Giant, hari ini melancarkan Kempen LOL (sasaran pada harga terendah) bagi membantu meringankan beban rakyat berikutan kenaikan kos sara hidup.

Kempen itu menampilkan sebanyak 500 produk keperluan terlaris, termasuk barang-barang runcit, lampin dan susu formula bayi yang ditawarkan pada diskaun antara lima hingga 20 peratus.

Ketua Pegawai Eksekutif GCH Retail (M) Sdn Bhd, Pierre-Olivier Deplanck, berkata Giant, yang terkenal dengan tawaran produk pada harga yang rendah, telah meletakkan diri sebagai rantaian pasar raya runcit yang prihatin dan sensitif terhadap keperluan pelanggannya.

“Kempen ini juga bertujuan untuk membantu pelanggan kami mengurangkan perbelanjaan isi rumah mereka, dan memuktamadkan janji kami bagi menyediakan mereka dengan produk yang berkualiti pada harga yang berpatutan.

“Kempen LOL Giant ini adalah seiring dengan usaha kerajaan untuk meringankan kos sara hidup dan meningkatkan taraf hidup rakyat Malaysia,” katanya.

Beliau memberitahu media selepas pelancaran Kempen LOL oleh Timbalan Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan Datuk Henry Sum Agong, di sini hari ini.

Kempen LOL Giant akan berlangsung sehingga 31 Dis 2017 di 123 cawangan Giant di Semenanjung Malaysia, Sabah dan Sarawak.

Selain daripada harga yang rendah, Giant juga akan memberi ganjaran kepada pengguna dengan lebih banyak tawaran sepanjang tempoh kempen, termasuk pengurangan harga di atas pembelian pukal.

Kempen LOL Giant mengambil inspirasi daripada ungkapan popular, “Ketawa dengan Kuat” atau “LOL”, yang digunakan secara meluas di kalangan remaja dalam teks dan perbualan untuk melahirkan rasa lucu. -BERNAMA

Tags: Giant
Share198Tweet124SendShare

Related Posts

Kempen Merdeka Giant Tawar Diskaun Hingga 50%

03/08/2018
0

KUALA LUMPUR - Rangkaian hypermarket keluarga terkemuka, Giant, hari ini melancarkan kempen “Tawaran Hari Kebangsaan - Ekstra Jimat, Ekstra Ceria” dengan...

Netizen Anti-Islam Kutuk Giant Padam Imej Anjing

25/01/2018
0

SETELAH berjaya kecam Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) kerana berdakwah terhadap usahawan kosmetik terkenal, Nur Sajat, kali ini netizen anti-Islam...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd