Monday, April 29, 2024

Creating liberating content

Syafie Fokus Kerjaya, Rancang...

BINTANG remaja yang meningkat naik menerusi filem Mukhsin iaitu Syafie Naswip menyatakan hasrat...

Elak Latihan Tentera, Lelaki...

TERBONGKAR… Gara-gara cuba mengelak daripada menghadiri kem khidmat negara mandatori dalam tentera, seorang...

Tunku Abdul Jalil Gering,...

Difahamkan ketika ini anakanda kelima Sultan Johor, Tunku Abdul Jalil ibni Sultan Ibrahim...

Siti Kasim Jadi Peguam...

AKTIVIS propembangkang, Siti Kasim dilaporkan menjadi peguam bagi menjamin kelancaran perjalanan pertandingan ratu...

‘Kempen LOL’ Giant Kurangkan Belanja Isi Rumah

SHAH ALAM – Rangkaian pasar raya hiper keluarga terkemuka, Giant, hari ini melancarkan Kempen LOL (sasaran pada harga terendah) bagi membantu meringankan beban rakyat berikutan kenaikan kos sara hidup.

Kempen itu menampilkan sebanyak 500 produk keperluan terlaris, termasuk barang-barang runcit, lampin dan susu formula bayi yang ditawarkan pada diskaun antara lima hingga 20 peratus.

Ketua Pegawai Eksekutif GCH Retail (M) Sdn Bhd, Pierre-Olivier Deplanck, berkata Giant, yang terkenal dengan tawaran produk pada harga yang rendah, telah meletakkan diri sebagai rantaian pasar raya runcit yang prihatin dan sensitif terhadap keperluan pelanggannya.

“Kempen ini juga bertujuan untuk membantu pelanggan kami mengurangkan perbelanjaan isi rumah mereka, dan memuktamadkan janji kami bagi menyediakan mereka dengan produk yang berkualiti pada harga yang berpatutan.

“Kempen LOL Giant ini adalah seiring dengan usaha kerajaan untuk meringankan kos sara hidup dan meningkatkan taraf hidup rakyat Malaysia,” katanya.

Beliau memberitahu media selepas pelancaran Kempen LOL oleh Timbalan Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan Datuk Henry Sum Agong, di sini hari ini.


Kempen LOL Giant akan berlangsung sehingga 31 Dis 2017 di 123 cawangan Giant di Semenanjung Malaysia, Sabah dan Sarawak.

Selain daripada harga yang rendah, Giant juga akan memberi ganjaran kepada pengguna dengan lebih banyak tawaran sepanjang tempoh kempen, termasuk pengurangan harga di atas pembelian pukal.

Kempen LOL Giant mengambil inspirasi daripada ungkapan popular, “Ketawa dengan Kuat” atau “LOL”, yang digunakan secara meluas di kalangan remaja dalam teks dan perbualan untuk melahirkan rasa lucu. -BERNAMA

  • Lagi berita berkaitan:
  • Giant

Kategori