• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, May 18, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Imigresen Sasar Laksana Caj Khidmat Dalam Talian

oleh AK-47
09/08/2017
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

PUTRAJAYA – Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) menyasarkan untuk melaksanakan sepenuhnya kaedah pembayaran secara dalam talian bagi setiap perkhidmatan jabatan itu yang dikenakan bayaran bermula November ini.

Ketua Pengarahnya Datuk Seri Mustafar Ali berkata rancangan tersebut telah dibawa kepada pengetahuan Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi selaku Menteri Dalam Negeri dan juga Ketua Setiausaha Kementerian Datuk Seri Alwi Ibrahim serta Kementerian Kewangan untuk tindakan lanjut.

Beliau berkata selain boleh menjimatkan guna tenaga, rancangan itu juga bertujuan mengurangkan kerenah birokrasi dan menutup ruang penggunaan budi bicara yang merupakan satu daripada elemen yang mungkin disalahgunakan untuk kepentingan tertentu.

“Ini satu cabaran kepada saya dan juga JIM kerana kami sedar pembaharuan yang akan dilaksanakan bakal melibatkan kekangan tertentu terutamanya bajet bagi membangunkan sistem yang bakal digunakan, katanya mengulas saranan timbalan perdana menteri agar jabatan itu memperkasakan penggunaan teknologi dan perkhidmatan secara dalam talian bagi membanteras unsur rasuah.

Beliau ditemui pemberita selepas mengetuai bacaan ikrar bebas rasuah pada majlis menandatangani Ikrar Bebas Rasuah (IBR) JIM-Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) yang disaksikan Ahmad Zahid di sini hari ini.

Mustafar berkata walaupun ada kekangan, beliau yakin rancangan itu dapat dilaksanakan dalam tempoh yang disasarkan dengan pihaknya akan memberikan sepenuh komitmen termasuk melatih pegawai dan anggota untuk tujuan berkenaan.

Beliau berkata antara perkhidmatan JIM yang perlu berubah kepada kaedah pembayaran secara dalam talian atau e-payment adalah hal berkaitan pembayaran levi pekerja asing dan permohonan pasport kerana perkhidmatan tersebut mengenakan caj yang agak besar.

Dalam pada itu, Mustafar berkata saranan Timbalan Perdana Menteri merupakan antara perubahan dan elemen penting yang diberi perhatian oleh JIM selaras dengan usaha jabatan itu mengurangkan campur tangan dan sentuhan manusia dalam perkhidmatan yang ditawarkan.

Secara keseluruhan, perkhidmatan menggunakan sistem secara dalam talian di JIM telah mencapai 60 peratus setakat ini, antaranya Sistem Imigresen Malaysia (myIMMs), pembaharuan pasport melalui MyOnline Pasport dan pengenalan Sistem Kawalan Imigresen Nasional (SKIN), katanya. – BERNAMA

Tags: Datuk Seri Mustafar AliImigresen
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Imigresen Bongkar Aktiviti Pelupusan e-Waste Haram, Sarang Penipuan Dalam Talian

Imigresen Bongkar Aktiviti Pelupusan e-Waste Haram, Sarang Penipuan Dalam Talian

22/06/2025
0

KUALA LUMPUR: Jabatan Imigresen menahan 48 warga asing dalam dua serbuan berasingan di Pulau Indah, Selangor serta kawasan kediaman mewah...

Imigresen Serbu Acara Bola Sepak, 13 PATI Ditahan

Imigresen Serbu Acara Bola Sepak, 13 PATI Ditahan

14/01/2024
0

KUALA TERENGGANU : Sekumpulan warga asing tidak sempat menamatkan perlawanan bola sepak apabila mereka dicekup Jabatan Imigresen dalam Operasi Bersepadu...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd