• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, May 21, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Usaha Tambah Baik Tadbir Urus Sektor Awam, Swasta Perlu

oleh AK-47
08/08/2017
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA  LUMPUR – Usaha negara untuk menambah baik tadbir urus dan menghapuskan rasuah perlu dilaksanakan oleh sektor awam dan swasta, kata Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Paul Low Seng Kuan.

Beliau berkata, tadbir urus korporat yang baik dan pembangunan mampan menjadi kebimbangan utama pelabur memandangkan nilai-nilai boleh dirosakkan dengan mengingkari piawaian yang diterima.

“Semasa kerajaan melaksanakan langkah pencegahan dan usaha perubahan ketika ini, sektor swasta terutamanya syarikat senarai awam juga perlu berbuat demikian.

“Tadbir urus korporat hanya boleh dicapai sekiranya kepimpinan dalam syarikat menunjukkan teladan dan mempamerkan komitmen dalam menyokong amalan baik,” katanya kepada pemberita selepas melancarkan laporan Institut Tadbir Urus Korporat Malaysia (MICG) di sini, hari ini.

Kajian bagi laporan sulung, ‘Transparency in Corporate Reporting-Assessing Malaysia’s Top 100 Public Listed Companies’, telah dijalankan antara Januari dan April 2017.

Sementara itu, Presiden MICG, Datuk Yusli Mohamed Yusof berkata, hasil dapatan keseluruhan laporan itu mendapati bahawa amalan pendedahan dan tahap ketelusan tidak mencapai standard yang diharapkan.

Beliau berkata, syarikat diberi ranking berdasarkan tiga aspek – ketelusan organisasi, program anti-rasuah dan amalan kelestarian.

“Sesuatu yang membimbangkan bahawa ada syarikat-syarikat menunjukkan prestasi buruk dari segi program anti-rasuah, dengan hanya dua daripada 100 syarikat menjalankan program latihan anti-rasuah untuk kakitangan dan pengarah mereka.

“Dari segi ketelusan organisasi, wujud langkah perancangan penggantian yang tidak jelas, manakala daripada aspek kelestarian, didapati berlakunya pengabaian am bagi hak-hak kemanusiaan dalam perniagaan,” katanya.

Berdasarkan laporan tersebut, tiga unit senaraian awam di bawah syarikat minyak negara, Petroliam Nasional Bhd (Petronas), berada di kedudukan teratas senarai laporan mengenai ketelusan dalam pelaporan korporat.

Firma itu ialah Petronas Gas Bhd, Petronas Dagangan Bhd dan Petronas Chemical Bhd. – BERNAMA

Tags: Datuk Paul Low Seng Kuan
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Pihak Bantah JITN Tidak Memahami Peranannya

11/12/2017
0

KUALA LUMPUR — Pihak yang membantah penubuhan Jabatan Integriti dan Tadbir Urus Negara (JITN) tidak mendapat maklumat yang lengkap tentang...

PDEA Tidak Akan Dibentang Sebelum PRU14

03/09/2017
0

KUALA LUMPUR – Akta Sumbangan dan Perbelanjaan Politik (PDEA) yang dicadangkan tidak akan dibentangkan di parlimen sebelum pilihan raya umum...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd