• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, May 21, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

703 Pati Indonesia Dihantar Pulang Mulai Hari Ini

oleh Ahmad Albab
24/12/2014
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

PETALING JAYA – Sebanyak 703 pendatang asing tanpa izin (Pati) Indonesia akan dihantar pulang ke negara asal mereka secara berperingkat mulai hari ini.

Timbalan Ketua Pengarah Imigresen (Kawalan), Datuk Sakib Kusmi berkata, daripada jumlah itu, sebanyak 494 pati akan pulang ke Indonesia hari ini melalui lima pesawat C-130 Hercules milik kerajaan negara itu.

Baki 209 Pati akan dihantar pulang esok dengan dua pesawat jenis yang sama.

Beliau berkata, mereka yang dihantar pulang hari ini terdiri daripada 314 lelaki dan 180 perempuan, manakala esok 126 lelaki dan 83 perempuan berusia lingkungan 20 hingga 50 tahun.

“Inisiatif kerajaan Indonesia yang membawa keluar pati dari negara ini merupakan satu pendekatan bagus. Ini kali pertama kerajaan Indonesia menggunakan pesawat untuk menghantar pulang rakyatnya yang menetap di negara ini secara haram.

“Saya juga ingin mencadangkan kepada negara lain supaya bertindak seperti kerajaan Indonesia dalam hal Pati,” katanya kepada pemberita pada Program Penghantaran Pulang Pati Indonesia di sini, hari ini.

Sakib berkata, sepanjang Januari hingga Disember tahun ini, Imigresen telah menjalankan sebanyak 5,376 operasi di seluruh negara dan telah memeriksa 94,909 warga asing pelbagai negara.

Daripada jumlah itu, seramai 29,758 individu yang ditahan adalah warga Indonesia atas pelbagai kesalahan termasuk tamat tempoh permit, tiada dokumen sah dan tinggal lebih masa, katanya. – BERNAMA

Tags: Pati
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Apa Status Ribuan PATI Yang Ditangkap, Adakah Semua Dihantar Pulang? – Iskandar

Apa Status Ribuan PATI Yang Ditangkap, Adakah Semua Dihantar Pulang? – Iskandar

20/03/2026
0

Oleh Mynewshub KUALA LUMPUR – Pusat Sumber Untuk Kemajuan Masyarakat dan Perumahan (REACH) memuji Jabatan Imigresen melaksanakan operasi besar-besaran terhadap...

Upah Tinggi Faktor Rakyat Tempatan Sanggup Jadi Tali Barut Bawa Masuk Pendatang

Upah Tinggi Faktor Rakyat Tempatan Sanggup Jadi Tali Barut Bawa Masuk Pendatang

16/02/2025
0

KOTA BHARU: Ganjaran lumayan menyebabkan segelintir rakyat tempatan sanggup menjadi tali barut kepada sindiket penyeludupan pendatang tanpa izin dengan bertindak...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd