• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, May 28, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Petros Tertubuh Secara Rasmi – KM Sarawak

oleh AK-47
08/08/2017
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUCHING – Syarikat minyak dan gas milik penuh Sarawak, Petroleum Sarawak (Petros), telah diutubuhkan secara rasmi, demikian diumumkan Ketua Menteri, Datuk Amar Abang Johari Tun Openg di sini malam tadi.

Beliau berkata anggota lembaga pengarah syarikat itu sudah dilantik dan mereka terdiri daripada profesional kelahiran Sarawak, yang berpengalaman luas dalam industri minyak dan gas, manakala tiada seorang pun daripada mereka adalah ahli poilitik.

“Malam ini, saya ingin memaklumkan kepada anda bahawa kita telah menubuhkan secara rasmi syarikat minyak kita, Petros,” katanya, yang disambut dengan tepukan bergemuruh hadirin ketika berucap kepada staf kementerian dan pejabat beliau pada majlis makan malam penghargaan anjuran pejabatnya di sebuah hotel terkemuka di sini malam tadi.

Ketua menteri, yang diiringi isteri, Datin Amar Juma’ani Tun Tuanku Bujang, bagaimanapun tidak menyatakan nama anggota lembaga pengarah, pengerusi atau ketua pegawai eksekutif (CEO) syarikat itu.

Penubuhann Petros merupakan langkah yang julung kali diambil kerajaan negeri bagi membolehkan Sarawak melibatkan diri secara aktif dalam pengeluaran minyak dan gas di Sarawak, sambil meneruskan permohonannya bagi mendapatkan 20 peratus royalti daripada Petronas.

Tanpa menamakan calonnya, beliau berkata ketua pegawai eksekutif Development Bank of Sarawak (DBOS) yang baru ditubuhkan, telah dilantik dan bank itu akan memulakan operasinya tidak lama lagi.

Katanya semua anggota lembaga pengarah DBOS adalah profesional dan bukan ahli politik, dan dipengerusikan Tan Sri Mohamad Morshidi Abdul Ghani, yang juga Setiausaha Kerajaan Negeri.

Beliau juga memberitahu hadirin bahawa langkah sedang diambil untuk meningkatkan keupayaan modal insan di negeri ini dengan memberi peluang kepada rakyat Sarawak melanjutkan pengajian di peringkat lepasan ijazah di dalam dan luar negara.

Katanya, Yayasan Sarawak, yang beliau pengerusikan, akan menambah biasiswa dan pinjaman kepada pelajar Sarawak yang layak memasuki universiti tempatan dan luar negara bagi mengikuti pengajian di peringkat lepasan ijazah.

“Sebuah majlis penyelidikan negeri dengan dipengerusikan Menteri Pendidikan, Sains dan Penyelidikan Teknologi akan ditubuhkan bagi menyelia semua usaha penyelidikan pada masa akan datang dan bagaimana ia boleh memberi manfaat kepada negeri ini,” kata Abang Johari, sambil menjelaskan bahawa beliau sendiri telah mengarahkan agar penyelidikan dilakukan dengan kerjasama Swinburne University mengenai usaha memprototaipkan mesin menuai buah sawit.

Beliau mengucapkan terima kasih kepada semua kementerian atas sokongan mereka dalam melaksanakan dasar, pendekatan dan teknologi baharu bagi mentransformasi Sarawak menjadi ekonomi digital di bawah kepimpinannya.

Majlis itu diadakan bersempena ulang tahun kelahiran Abang Johari ke-67 pada 4 Ogos. – BERNAMA

Tags: Datuk Amar Abang Johari Tun Openg
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Badan Bukan Islam Akan Terus Mendapat Peruntukan

24/12/2018
0

KUCHING - Komitmen kerajaan Sarawak untuk memupuk keharmonian dan pemahaman agama bukan hanya sekadar dalam bentuk lisan tetapi juga dalam...

Pendaftaran GPS: Abang Jo Ucap Terima Kasih

19/11/2018
0

SIBU - Ketua Menteri, Datuk Patinggi Abang Johari Tun Openg menzahirkan penghargaan dan terima kasih kepada Jabatan Pendaftar Pertubuhan (RoS)...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd