• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, April 3, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Sabah Berhak Larang Kemasukan Individu Berniat Jahat

oleh AK-47
07/08/2017
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KOTA KINABALU – Kerajaan Sabah mempunyai hak untuk melarang mahupun menyekat kemasukan mana-mana individu berniat jahat serta dengan hasrat memfitnah, meracuni fikiran dan memecah-belahkan rakyat di negeri ini, kata Ketua Menteri Datuk Seri Musa Aman.

Beliau berkata kerajaan negeri ada kuasa untuk berbuat demikian bagi memastikan tiada elemen tidak berasas masuk ke Sabah yang boleh memporak-perandakan keadaan sehingga menjejaskan keamanan dan keharmonian rakyat.

“Ini adalah hak kita kerana (Sabah) adalah negeri kita. Kita ada kuasa (melarang kemasukan individu berniat jahat) maka kita menggunakan kuasa ini.

“Untuk apa kita mahu (membenarkan) orang tidak berguna (masuk ke Sabah) kalau (ada niat buruk) yang boleh memecah-belahkan, merosakkan dan meracuni fikiran rakyat. Untuk apa? Ini bukan cara kita.

“Kerajaan bodoh sahaja membiarkan penyamun, penyangak datang ke tempat (negeri) mereka,” katanya ketika membentangkan Rang Undang-Undang Perbekalan Tambahan Pertama 2017 pada persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) Sabah hari ini.

Terdahulu, Christina Liew (PKR-Api Api), dalam perbahasannya meminta kerajaan negeri menarik balik larangan dikenakan terhadap beberapa anggota Parlimen dari Semenanjung yang merupakan pemimpin tertinggi parti pembangkang untuk masuk ke Sabah.

Antara pemimpin pembangkang yang dilarang masuk ke Sabah ialah anggota Parlimen Lembah Pantai Nurul Izzah Anwar dan anggota Parlimen Batu Tian Chua.

Musa berkata kerajaan negeri tidak mempunyai sebarang masalah untuk menerima kedatangan anggota serta pemimpin pembangkang ke Sabah, namun, biarlah kehadiran mereka ke negeri ini berlandaskan prinsip dan niat yang baik.

“Walaupun dia (individu) itu pembangkang, tapi dia (kehadirannya ke Sabah berniat) baik, kita benar mereka datang ke Sabah.

“Saya tidak melarang (Penasihat DAP) Lim Kit Siang (masuk ke Sabah); saya tidak melarang (Setiausaha Agung DAP) Lim Guan Eng; saya tidak melarang (Presiden PKR Datuk Seri Dr) Wan Azizah  Wan Ismail.

“Tetapi, orang (individu) tertentu yang mempunyai niat busuk memecah-belahkan, membuat fitnah dan meracuni fikiran rakyat. Tidak!,” katanya. – BERNAMA

Tags: Datuk Seri Musa Aman
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

SPRM Tahan Musa Aman, Didakwa Petang Ini

05/11/2018
0

PUTRAJAYA - Bekas Ketua Menteri Sabah, Tan Sri Musa Aman ditahan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) hari ini untuk menghadapi...

Kertas Siasatan Kes Musa Dijangka Diserah Kepada TPR

24/08/2018
0

KUALA LUMPUR - Polis dijangka menyerahkan kertas siasatan melibatkan Tan Sri Musa Aman berhubung dakwaan ugutan jenayah terhadap Yang Dipertua...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd