• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, May 15, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

4 Lelaki Maut Kemalangan Di Rantau Panjang

oleh Ahmad Albab
07/08/2017
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

PASIR MAS – Seorang lelaki warga tempatan dan tiga lelaki lagi dipercayai rakyat Myanmar terbunuh apabila kereta yang mereka naiki terbabit dalam kemalangan jalan raya di Kampung Batu Karang, Rantau Panjang di sini, hari ini.

Ketua Polis Daerah Pasir Mas, ACP Ibrahim Saad berkata seorang lagi lelaki warga Myanmar yang turut menaiki kereta sama cedera parah dalam kejadian 4.15 pagi itu.

“Kemalangan itu berlaku apabila kereta yang dinaiki mereka yang berusia antara 20 dan 33 tahun, hilang kawalan dan terbabas lalu melanggar sebatang tiang elektrik yang kemudiannya (tiang elektrik) menghempap kereta mangsa, menyebabkan tiga maut di tempat kejadian,” katanya ketika dihubungi di sini.

Ibrahim berkata pemandu kereta berkenaan Muhammad Khairul Anam Mohd Shargawi, 26, yang cedera parah di kepala meninggal dunia di Unit Kecemasan Hospital Pasir Mas di sini manakala mangsa yang cedera kini dirawat di hospital sama.

Beliau berkata ketika kejadian, kesemua mangsa dalam perjalanan dari Kota Bharu ke Rantau Panjang dan pihak bomba mengambil masa lebih setengah jam untuk mengeluarkan kesemua mangsa yang tersepit dalam kereta berkenaan.

Katanya identiti kesemua empat warga Myanmar tersebut masih dalam siasatan manakala bedah siasat terhadap empat mayat itu dilakukan di hospital sama.

Sementara itu, ibu kepada Muhammad Khairul Anam, Che Rohani Mohd Fathil, 58, berkata anak kesembilan daripada 12 beradik itu keluar dari rumahnya di Kampung Cenerai, Siram, Rantau Panjang pada 12 malam tadi selepas seorang daripada warga Myanmar itu meminta beliau menghantar mereka ke suatu destinasi di Rantau Panjang.

“Saya mengetahui kejadian ini pada 5 pagi selepas menerima panggilan telefon daripada pihak Hospital Pasir Mas yang memberitahu anak saya dalam keadaan kritikal akibat kemalangan jalan raya,” katanya.

Beliau berkata Allahyarham merupakan seorang yang mesra dan suka membantu penduduk kampung yang memerlukan bantuannya. – BERNAMA

Tags: kemalangan mautpolis
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Wanita Menyamar Kakitangan Hospital Sultanah Aminah Minta Bayaran Masuk Wad RM30

Wanita Menyamar Kakitangan Hospital Sultanah Aminah Minta Bayaran Masuk Wad RM30

22/04/2026
0

JOHOR BAHRU – Pihak pengurusan Hospital Sultanah Aminah Johor Bahru (HSAJB) memaklumkan wanita yang menyamar sebagai staf hospital meminta bayaran...

Kemalangan Maut: Rayer Minta AG Jelaskan Perbezaan Tindakan Undang-Undang

Kemalangan Maut: Rayer Minta AG Jelaskan Perbezaan Tindakan Undang-Undang

02/04/2026
0

KUALA LUMPUR - Ahli Parlimen Jelutong, RSN Rayer menyokong tindakan tegas yang telah diambil terhadap pemandu kereta dipercayai memandu dibawah...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd