• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Saturday, May 9, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

“Bella, Maaf Kerana Biar Aliff Pegang Tangan Saya”

oleh AK-47
07/08/2017
dalam Artis, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

AKHIRNYA, pelakon baru Afifah Nasir memohon maaf kepada isteri Aliff Aziz, Bella Astillah kerana memberi peluang kepada lelaki itu untuk memegang tangannya.

Kata Afifah ketika sesi sidang media yang diadakan di pejabat guaman Ruben & Co Advocates & Solicitors:

“Saya ingin memohon maaf kepada semua pihak, terutamanya kepada Bella kerana memberikan peluang untuk suaminya memegang tangan saya di sebuah pusat karaoke.

“Dalam kejadian itu, dia (Aliff) memegang tangan saya dan saya mengakui kesalahan saya sebab membenarkannya.

“Saya akui itu salah saya dan bagi saya, Bella tidak bersalah dalam hal ini kerana saya memahami keadaan dan situasi yang dilalui Bella pada ketika itu.

“Namun begitu, saya ingin mengambil kesempatan untuk menjernihkan keadaan setelah pihak sana memberikan penjelasan mereka berhubung kontroversi yang telah terjadi,” kata Afifah.

Sidang media tersebut diawali dengan sesi memperdengarkan rakaman perbualan yang membabitkan antara kakak Afifah, Anzalna Nasir dan seorang krew produksi drama lakonan Aliff dan Afifah.

Rakaman tersebut mendedahkan keadaan sebenar yang terjadi antara Afifah dan Aliff. Bagaimanapun, rakaman perbualan tersebut hanya diperdengarkan kepada pihak media.

Afifah tidak membenarkan rakaman tersebut didedahkan kepada orang ramai kerana ia melibatkan orang ketiga.

Dalam sidang media tersebut, Afifah ditemani oleh peguam, Sana Tufil Ahmad, kakaknya, Mia Nasir, kekasihnya, Wan Ariff Wan Azhar dan pelakon Alana Amir. – MYNEWSHUB.CC

Tags: Afifah NasirAliff Aziz
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Aliff Lebih Banyak Luang Masa Berehat Dengan Keluarga Di Singapura

Aliff Lebih Banyak Luang Masa Berehat Dengan Keluarga Di Singapura

03/07/2024
0

KUALA LUMPUR : Aliff Aziz mengaku lebih banyak meluangkan masa dengan keluarga di Singapura dan berehat sebelum memutuskan untuk kembali...

Tiada Apa-Apa Boleh Halang Saya, Ruhainies Berhubung – Aliff

Tiada Apa-Apa Boleh Halang Saya, Ruhainies Berhubung – Aliff

03/07/2024
0

KUALA LUMPUR : Pelakon kontroversi, Aliff Aziz lega apabila prosiding berkaitan kes khalwat pada 9 Mac lalu di Mahkamah Tinggi...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd