• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Wednesday, September 30, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Kerajaan Cadang Jawatan Mufti Setaraf Exco

oleh Ahmad Albab
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Kerajaan mencadangkan jawatan mufti dinaik taraf setara dengan jawatan Exco kerajaan negeri bagi membolehkan mufti memberikan pandangan mengenai agama Islam melalui mesyuarat Exco untuk disalurkan kepada kerajaan.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Jamil Khir Baharom berkata pandangan yang diberikan oleh semua 14 mufti seluruh negara itu boleh disatukan dan dicambahkan dalam membantu kerajaan merealisasikan agenda transformasi pembangunan negara mengikut landasan syarak.

“Sebagai contoh tentang isu perjudian di mana dalam Islam hasil pandangan 14 ulama seluruh negara inilah yang menjelaskan bahawa umat Islam tidak dibenarkan berjudi walaupun di premis yang berlesen.

“Mahkamah syariah berkuasa menjatuhkan hukuman (terhadap orang Islam yang berjudi) ,” katanya pada persidangan Dewan Rakyat hari ini.

Jamil Khir berkata demikian ketika menjawab soalan tambahan Datuk Fauzi Abdul Rahman (PKR-Indera Mahkota) berkenaan kesediaan kerajaan mengadakan Himpunan Majlis Ulama untuk menyelaras kegiatan dakwah di negara ini.

Katanya kerajaan dari semasa ke semasa juga telah menyediakan platform pencambahan ilmu dengan menghimpunkan ulama, cendekiawan dan badan bukan kerajaan (NGO) Islam seluruh negara melalui program berkala seperti Majlis Ulama’- Umara’. – BERNAMA

Tags: Datuk Seri Jamil Khir BaharomMufti
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Mufti Wilayah Persekutuan Menentang Usaha Gugat Pegangan Akidah Umat Islam

Mufti Wilayah Persekutuan Menentang Usaha Gugat Pegangan Akidah Umat Islam

29/09/2026
0

KUALA LUMPUR - Jabatan Mufti Wilayah Persekutuan (JMWP) menentang sekeras-kerasnya sebarang usaha, gerakan atau penyebaran fahaman yang cuba menggugat serta...

Sokongan Terhadap Iran: Zaid Ibrahim Persoal Sikap Membisu Majoriti Mufti Ulama 

Sokongan Terhadap Iran: Zaid Ibrahim Persoal Sikap Membisu Majoriti Mufti Ulama 

24/03/2026
0

Oleh MYNEWSHUB KUALA LUMPUR – Bekas Menteri Undang-Undang, Datuk Zaid Ibrahim tampil mempersoalkan sikap membisu golongan mufti dan ulama tempatan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd