• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Tuesday, June 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Majikan Semakin Yakin Terhadap Graduan TVET

oleh Ahmad Albab
07/08/2017
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

PUTRAJAYA – Majikan semakin yakin terhadap kemahiran graduan Pendidikan Teknikal dan Latihan Vokasional (TVET) sejak transformasi TVET dilaksanakan pada 2013, kata Menteri Belia dan Sukan Khairy Jamaluddin.

Beliau berkata buktinya kadar gaji permulaan graduan TVET telah meningkat sebanyak 10 peratus kepada RM1,800 hingga RM2,000 ketika ini, berbanding 2013.

“Ada juga graduan TVET yang mendapat gaji permulaan sehingga RM2,600 terutama di syarikat antarabangsa.

“Ini menunjukkan majikan mula yakin dengan produk keluaran TVET dan saya harap trend ini akan berterusan untuk mewujudkan ekonomi berpendapatan dan berteknologi tinggi yang tidak hanya bersandar kepada laluan akademik sahaja,” katanya kepada pemberita selepas majlis Konvokesyen Institut Latihan Kemahiran Belia dan Sukan (ILKBS), di sini hari ini.

Seramai 6,226 graduan dalam pelbagai bidang dan peringkat pengajian menerima diploma dan sijil masing-masing pada konvokesyen kali ke-13 ILKBS itu.

Khairy berkata kadar kebolehpasaran graduan ILKBS yang mendapat pekerjaan dalam tempoh enam bulan selepas tamat pengajian pada tahun lepas telah meningkat kepada 92 peratus berbanding 83 peratus pada 2013.

Bagaimanapun, katanya beberapa aspek dalam pembelajaran perlu diperbaiki bagi meningkatkan kemahiran graduan terutama dalam berkomunikasi dan menggunakan bahasa Inggeris bagi memenuhi kehendak industri.

Justeru, beliau berkata ILKBS akan melaksanakan program ’20:50′ yang menetapkan sebanyak 50 peratus kursus kemahiran terutama bagi bidang perkhidmatan dan barisan hadapan menggunakan bahasa Inggeris sebagai medium pengajaran dan pembelajaran menjelang tahun 2020.

“Ketika ini segala aspek pembelajaran menggunakan bahasa Melayu. Bukan bermaksud kita ketepikan bahasa kebangsaan tetapi ini perlu bagi mereka di alam pekerjaan terutamanya jika bekerja di syarikat antarabangsa,” jelasnya.

Khairy berkata bagi memastikan ILKBS terus kekal sebagai institusi TVET unggul, kementerian akan mewujudkan ‘City Campus’ bagi membantu belia menjana pendapatan di samping menjalani latihan jangka pendek dan fleksibel.

Lokasi sasaran kampus berkonsepkan “industry oriented’, ‘quick industry-market pactice’ itu adalah di bandar-bandar besar dan dijangka mampu meningkatkan jumlah pekerja berkemahiran sederhana dan tinggi bagi memacu operasi industri menjelang 2020, katanya. – BERNAMA

Tags: graduanmajikan
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Jangan Ganggu Pekerja ‘Work From Home’ Lepas Waktu Kerja

Jangan Ganggu Pekerja ‘Work From Home’ Lepas Waktu Kerja

27/03/2026
0

KUALA LUMPUR – Majikan diingatkan supaya tidak mengganggu pekerja di luar waktu bekerja susulan pelaksanaan bekerja dari rumah (WFH) Setiausaha...

Graduan Dituduh Memandu Bawah Pengaruh Alkohol Sebabkan 2 Kematian

Graduan Dituduh Memandu Bawah Pengaruh Alkohol Sebabkan 2 Kematian

12/08/2024
0

KUALA LUMPUR : Seorang graduan yang baru menamatkan pengajian di universiti luar negara didakwa di Mahkamah Majistret di sini hari...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd