• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, July 23, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Penyebar Fitnah Perlu Dikenakan Tindakan Tegas

oleh Ahmad Albab
06/08/2017
dalam Jenayah, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

GUA MUSANG – Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia perlu mengambil tindakan tegas terhadap pihak yang menyalahgunakan kemudahan Internet serta media sosial untuk menyebarkan fitnah termasuk terhadap kerajaan.

Pengerusi Biro Teknologi Maklumat (IT) UMNO, Datuk Ahmad Maslan berkata semakin hampir dengan Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU14) dijangkakan semakin banyak penyebaran maklumat palsu untuk mengelirukan fikiran rakyat termasuk menanam sikap benci terhadap pemimpin Barisan Nasional (BN).

“Penyebaran maklumat tidak tepat melalui saluran berkenaan (media sosial) secara bebas oleh pihak tidak bertanggungjawab hingga mengelirukan rakyat, sesuatu yang tidak sepatutnya berlaku,” katanya kepada pemberita selepas mengadakan perjumpaan dengan anggota Jawatankuasa Biro IT UMNO Bahagian Gua Musang di sini, hari ini.

Ahmad yang juga Timbalan Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri juga mahu anggota Biro IT parti itu memantapkan gerak kerja bagi menangani penyebaran fitnah dengan memberikan maklumat sebenar terhadap sesuatu perkara kepada rakyat.

“Fungsi mereka amat besar bagi memulihkan kekeliruan yang timbul kesan daripada fitnah yang sengaja dilakukan pihak tertentu untuk menjatuhkan kerajaan pada PRU14,” katanya. – BERNAMA

Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Laung Hidup Melayu, Bila Meninggal Dunia Harta RM4 Bilion – PMX Anwar

Laung Hidup Melayu, Bila Meninggal Dunia Harta RM4 Bilion – PMX Anwar

23/07/2026
0

PAROI - Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim mendakwa terdapat bekas menteri yang semasa hayatnya sering melaungkan hidup Melayu, tetapi...

Jentera PAS Diminta Bantu Calon BN Sebagaimana PAS Sendiri Bertanding – Fadhli Shaari

Jentera PAS Diminta Bantu Calon BN Sebagaimana PAS Sendiri Bertanding – Fadhli Shaari

22/07/2026
0

SEREMBAN - Jentera PAS diminta membantu memastikan kemenangan calon Barisan Nasional (BN) dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) Negeri Sembilan pada...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd