• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, June 1, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Pelan Induk Pembangunan Pacu Ekonomi Perak

oleh Ahmad Albab
06/08/2017
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Pelan induk pembangunan selatan Perak bagi tempoh 20 tahun, Wilayah Pembangunan Selatan 2017-2037, akan memacu pertumbuhan ekonomi ​​​​​​​negeri​​​​​​​ sehingga​​​​​​​ mencatat nilai pembangunan keseluruhan antara RM20 bilion dan RM30 bilion.

Menteri Besar, Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir berkata, pelan tersebut akan melibatkan projek-projek pembangunan di daerah Muallim sebuah daerah baharu di selatan Perak dan Bagan Datuk.
“Berdasarkan pelan itu, kita boleh merancang pembangunan yang lebih baik dan bersifat​​​​​​​ lebih kohesif. Kita mahu memajukan dan mengindustrikan Perak.

“Dari segi impaknya, pembangunan (yang dirancang di bawah pelan induk itu) akan merancakkan ekonomi Perak (sehingga mencatat nilai pembangunan) sebanyak RM20 bilion hingga RM30 bilion secara keseluruhan,” katanya kepada Bernama dalam satu temu bual di sini, baru-baru ini.

Zambry berkata, perancangan yang dirangka berdasarkan pelan induk itu adalah bersifat inklusif di samping menumpukan kawasan berpotensi yang kurang mendapat perhatian dari segi pembangunan sebelum ini seperti daerah Bagan Datuk.

Beliau berkata, antara rancangan pembangunan utama ialah memajukan sektor automotif di daerah​​​​​​​Mualim, menaik taraf pelabuhan Lumut, dan membina lapangan terbang baharu berhampiran Ipoh.

Selain itu, pelan induk tersebut juga penting dalam memacu perkembangan industri lain seperti​​​​​​​pertanian, pendidikan dan perkapalan, katanya.

“Kami mahukan pembangunan yang mampan selari dengan slogan negeri Perak ‘Tiada Tertinggal, Tiada Terpinggir’,” katanya.

Zambry berkata, usaha membangunkan wilayah selatan Perak itu turut mendapat sokongan penuh Pihak Berkuasa Pelaksanaan Koridor Utara (NCIA) yang baru-baru ini bersetuju untuk meluaskan kawasan NCIA sehingga ke daerah Hilir Perak.

Beliau yakin pelan induk bagi kawasan selatan Perak yang terletak berhampiran Lembah Klang itu mampu menjana peluang pekerjaan yang besar dalam pelbagai aktiviti ekonomi serta menarik minat para pelabur, bukan sahaja tempatan malah pelabur asing. – BERNAMA

Tags: Datuk Seri Dr Zambry Abd KadirPerak
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

“Saya Akan Dapatkan Maklumat Daripada Pihak UM” – Zambry

“Saya Akan Dapatkan Maklumat Daripada Pihak UM” – Zambry

16/04/2026
0

KUALA LUMPUR - Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) akan mendapatkan maklumat daripada Universiti Malaya (UM) berhubung isu adegan ranjang dalam sebuah...

Rumah Terbuka Tok Mat Di Rantau Meriah, Zambry Puji Sambutan Luar Biasa

Rumah Terbuka Tok Mat Di Rantau Meriah, Zambry Puji Sambutan Luar Biasa

29/03/2026
0

RANTAU – Menteri Pendidikan Tinggi, Datuk Seri Zambry Abd. Kadir memuji kemeriahan majlis Rumah Terbuka Aidilfitri anjuran Menteri Luar, Mohamad...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd