• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, April 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Pasangan Ini Berpisah Kerana Anak Mereka Terlalu Kacak…

oleh AK-47
06/08/2017
dalam Gaya Hidup, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

BIASALAH alam rumah tangga pasti ada pahit manisnya. Kadang-kadang gembira, kadang-kadang berduka. Begitulah yang terjadi kepada satu pasangan di China yang berpisah kerana anak mereka terlalu kacak. Pelik bukan?

Ya, wanita yang dikenali sebagai Zhang itu berpisah dengan pasangannya hanya kerana anak mereka, Wang Ye terlalu kacak.

Dikatakan mereka telah membuat ujian DNA akibat rasa curiga oleh bekas suami Zhang dan hasilnya, anak lelaki yang dibesarkannya selama 28 tahun itu ternyata bukanlah anak kandung mereka.

Pasangan itu juga bingung apabila rakan-rakan dan keluarga mereka turut mempersoalkan wajah kacak anaknya itu jika dibandingkan dengan mereka.

Hal ini juga yang telah menimbulkan keraguan kepada si suami sehingga membuatkan pasangan ini berpisah dan perkahwinan mereka turut terjejas.

Satu lagi ujian DNA dibuat pada 2016 selepas tujuh tahun mereka berpisah kerana ‘bapa’nya masih tidak berpuas hati dengan kekacakan anaknya itu. Namun, keputusan DNA itu masih sama seperti dulu.

“(Anak lelaki saya) ada mata yang besar dan hidung yang mancung. Ayahnya tidak kacak dan agak berbeza (dengan anak lelaki),” kata Zhang kepada Kan Kan News.

Zhang mengesyaki anak kandungnya ditukarkan dengan Wang Ye selepas bersalin di sebuah hospital di Shanghai pada bulan Februari 1989.

Zhang dan Wang Ye  dilapor akan mengambil tindakan undang-undang terhadap hospital tersebut kerana pihak hospital berkenaan tidak mahu memberikan penjelasan atas alasan mereka tidak menemui rekod bagi tempoh itu.

Kini, mereka dalam proses mencari keluarga kandung Wang Ye walaupun mereka tahu mereka tidak mempunyai sebarang petunjuk.

Harap-harapnya Wang Ye dan Zhang dapatlah jumpa keluarga kandung masing-masing ya.. – MYNEWSHUB.CC/Aisyah Karim

*Video sekadar hiasan…

Tags: berpisahkacak
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Remos Kambing ‘Handsome’ Yang Pemalu

15/07/2019
0

KUALA KANGSAR - Di sebuah ladang di Enggor di sini terdapat seekor kambing yang dilabel sebagai kambing 'handsome' dek kerana...

Kekasih Tak Sekacak Di FB, Gadis Buat Laporan Polis

17/11/2017
0

HAJAT seorang gadis ingin bertentang mata buat kali pertama dengan kekasihnya bertukar 'tragis' apabila mendapati rupa paras lelaki berkenaan tidak...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd