• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, May 28, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

TPM Serikan Majlis Kahwin Anak Dr. Mashitah

oleh AK-47
06/08/2017
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

BALING – Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi meluangkan masa menghadiri majlis perkahwinan anak perempuan bekas Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Dr Mashitah Ibrahim di Taman Insaniah Kuala Ketil dekat sini, hari ini.

Ahmad Zahid yang sebelum itu merasmikan Persidangan Perwakilan UMNO Bahagian Baling di Kompleks Belia Batu 42, disambut Mashitah yang juga Ketua Wanita UMNO Bahagian Baling dan suaminya, Datuk Abdul Shakor Abu Bakar.

Ahmad Zahid turut menepung tawar kedua-mempelai, Fatin Sajeeda, 26, dan pasangannya Khairul Asri Ishak, 26 yang diijabkabulkan pada 7 Julai lalu di Gombak, Selangor.

Dalam ucapan ringkasnya pada majlis itu, Naib Presiden UMNO tersebut berharap penduduk di kawasan Parlimen Baling dan tiga kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) iaitu Kuala Ketil, Bayu dan Kupang, terus memberi sokongan kepada UMNO dan Barisan Nasional (BN).

“Kami (UMNO/BN) telah melakukan yang terbaik untuk rakyat, justeru saya berharap agar kita sama-sama terus menyokong kemimpinan Malaysia, negeri Kedah dan Parlimen Baling.

“Bahkan tidak kira sesiapa sahaja yang akan dipilih (bertanding) di DUN Kuala Ketil, Bayu dan Kupang, jangan tukar warna, pilih warna kita (UMNO/BN) untuk meneruskan pembangunan di Baling,” katanya.

Fatin Sajeeda yang merupakan anak kedua daripada tiga beradik dan pasangannya, mula berkenalan menerusi laman sosial Facebook, sebelum menyedari bahawa kedua-duanya pernah bersekolah di sekolah rendah yang sama iaitu sewaktu darjah 2.

Kedua-duanya yang bertugas sebagai akauntan di sebuah syarikat swasta di Kuala Lumpur, memutuskan untuk menamatkan zaman bujang selepas berkenalan selama hampir enam tahun.

Kira-kira 2,500 tetamu hadir memeriahkan kenduri tersebut. – BERNAMA

Tags: Datuk Seri Dr Ahmad Zahid HamidiUMNO
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

PH Dah ‘Meroyan’, Tiba Masa UMNO Keluar Kerajaan Perpaduan – Akmal Saleh

PH Dah ‘Meroyan’, Tiba Masa UMNO Keluar Kerajaan Perpaduan – Akmal Saleh

17/05/2026
0

KUALA LUMPUR - Sudah sampai masanya untuk UMNO keluar Kerajaan Perpaduan, kata Ketua Pemuda UMNO, Datuk Dr. Muhamad Akmal Saleh....

PRN Johor: PH Dakwa BN Bakal ‘Terkubur’

PRN Johor: PH Dakwa BN Bakal ‘Terkubur’

17/05/2026
0

JOHOR BAHRU - Pakatan Harapan (PH) Johor yakin dapat ‘menguburkan’ Barisan Nasional (BN) pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor akan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd