• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, May 28, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Polo Air Lelaki Yakin Tamat Kemarau Pingat 12 Tahun

oleh AK-47
06/08/2017
dalam Sukan, Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Skuad polo air lelaki negara yang turun selaku pasukan ‘underdog’ pada Sukan SEA ke-29, yakin mampu melakar kejutan untuk meraih sekurang-kurangnya pingat gangsa, sekali gus menamatkan kemarau pingat 12 tahun dalam acara itu.

Ketua pasukan Khoo Tiong Jin berkata, Filipina dan Thailand menjadi fokus utama pasukan negara yang dibarisi oleh pemain muda untuk merealisasikan impian itu di Pusat Akuatik Nasional bermula 15 hingga 20 Ogos ini.

“Persiapan kami untuk Sukan SEA kali ini lebih baik dan lengkap berbanding edisi-edisi terdahulu selepas latihan sejak tahun lepas, termasuk latihan dua minggu di China bulan lepas. Kami yakin untuk meraih pingat gangsa, ataupun perak jika mampu melakar kejutan ke atas Indonesia.

“Singapura memang pasukan yang paling kuat, tetapi kita belum tahu lagi kekuatan pasukan Indonesia, Thailand dan Filipina,” kata graduan jurusan kejuruteraan mekanikal berusia 26 tahun itu, ketika ditemui pemberita selepas lawatan Chef-de-mission Datuk Marina Chin ke sesi latihan pasukan itu di sini, hari ini.

Pada sukan yang secara tradisinya dikuasai oleh Singapura yang merupakan juara 26 kali berturut-turut, setiap pasukan mempunyai 13 pemain, yang mana seorang penjaga gol dan enam pemain akan beraksi di dalam kolam renang untuk menjaringkan gol di gawang pasukan lawan.

Dengan hanya lima pasukan termasuk tuan rumah Malaysia akan mengambil bahagian dalam acara itu, setiap pasukan akan bermain sebanyak empat perlawanan secara liga untuk menentukan pemenang berdasarkan jumlah mata yang diperoleh.

Sementara itu, ketua jurulatih Voon Yong Hui berkata lebih separuh pemain negara, iaitu tujuh daripada 13 pemain merupakan pemain muda yang bakal membuat penampilan pertama (debut) Sukan SEA.

“Kita telah memulakan latihan pusat sejak Disember lepas dan saya yakin kita mampu meraih pingat. Peluang sentiasa ada bergantung kepada prestasi pemain ketika perlawanan sebenar,” katanya.

Marina pula mengakui bahawa semangat juang pasukan polo air lelaki dan wanita negara sangat tinggi, kerana mereka sedar bakal beraksi di hadapan penyokong sendiri, termasuk keluarga dan rakan-rakan mereka.

Kali terakhir skuad polo air lelaki negara meraih pingat ialah pingat gangsa pada 2005 edisi Manila, selepas pingat perak pada 1991 juga di Manila.

Pada edisi sebelum ini di Singapura dua tahun lepas dan edisi 2013 di Myanmar, skuad negara terpaksa berpuas hati dengan tempat keempat. – BERNAMA

Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Ramanan Seru Hayati Kisah Pengorbanan Nabi Ibrahim, Nabi Ismail A.S

Ramanan Seru Hayati Kisah Pengorbanan Nabi Ibrahim, Nabi Ismail A.S

27/05/2026
0

KUALA LUMPUR - Naib Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri R Ramanan menyeru masyarakat menghayati kisah pengorbanan Nabi Ibrahim...

Isu UEC, Bahasa Kebangsaan Tidak Timbul Jika Sistem Sekolah Satu Aliran – Anuar Ahmad

Isu UEC, Bahasa Kebangsaan Tidak Timbul Jika Sistem Sekolah Satu Aliran – Anuar Ahmad

27/05/2026
0

KUALA LUMPUR – Pensyarah dan pakar pendidikan, Dr. Anuar Ahmad mempersoalkan kesungguhan pelbagai pihak dalam merealisasikan sistem sekolah satu aliran...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd