• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, April 3, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Surirumah Jana Pendapatan Manfaatkan ECERDC

oleh AK-47
05/08/2017
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUANTAN – Sebagai suri rumah, Nor Aishah Mohamad Nordin sentiasa memikirkan cara untuk menjana pendapatannya menerusi minat memasak, namun dirinya agak skeptikal sama ada masakannya boleh diterima ramai.

Bagaimanapun keyakinan wanita berusia 32 tahun itu mulai meningkat selepas beliau menyertai kelas masakan menerusi program latihan kemahiran dan keusahawanan yang diperkenalkan Majlis Pembangunan Wilayah Ekonomi Pantai Timur (ECERDC).

“Alhamdulillah dengan rezeki yang ada. Rasa seronok bila boleh menyumbang kepada pendapatan keluarga dan sudah boleh membeli barangan yang diidamkan tanpa perasaan menyusahkan suami,” katanya kepada Bernama di sini, hari ini.

Beliau yang menetap di Kampung Batu Hitam, Beserah di sini berkata bagi menjamin kualiti makanannya, beliau hanya mengambil satu tempahan sehari dan musim perayaan serta cuti sekolah merupakan ‘minggu paling sibuk’ kerana menerima tempahan hampir setiap hari.

Nor Aishah juga bersyukur kerana minatnya untuk berniaga mendapat ‘sokongan’ daripada ECERDC yang menyalurkan bantuan peralatan seperti peti sejuk, peti sejuk beku dan juga bekas mengisi makanan yang semuanya berharga hampir RM10,000 kepadanya.

Sementara itu, bagi Nor Akmaliza Mahulud, 31, dari Indera Mahkota di sini, beliau tidak menyangka perniagaan kuih talam yang diusahakan secara kecil-kecilan boleh menjana pendapatan lima angka jika dilakukan dengan serius.

Katanya, sebelum mengikuti kelas masakan ECERDC, beliau hanya mengambil upah membuat pelbagai kuih talam untuk majlis keraian atau meletakkan kuih di kantin kilang atau sekolah berhampiran rumahnya.

“Dalam kelas masakan ini, saya bukan hanya diajar membuat kuih, tetapi juga diterapkan dengan ilmu keusahawanan, bagaimana mahu membuat kira-kira, mengira untung rugi dan mengembangkan perniagaan.

“Lebih istimewa, orang yang berkongsi ilmu ini bukan orang lain, sebaliknya guru yang mengajar kelas masakan itu, yang sudah sedia maklum dengan asam garam perniagaan makanan. Pengalaman mereka mahal dan saya bertuah kerana  memperolehnya secara percuma,” katanya.

Nor Akmaliza menambah selepas ‘tamat pengajian’, beliau mula mengambil tempahan dalam skala besar dan perlahan-lahan, namanya mula ‘meniti dari mulut-ke-mulut pelanggan’ menyebabkan beliau mula tidak menang tangan memenuhi permintaan

“Tempahan paling banyak diterima pada musim perayaan dan juga pada musim orang melangsungkan pertunangan atau perkahwinan. Sekarang saya juga sudah membuka sebuah kedai runcit dengan menggunakan modal berniaga kuih. Jika dahulu ada orang kata saya akan serius berniaga, sudah pasti saya hanya mampu ketawa,” katanya.

Bagi Sharifah Maziah Syed Omar, 58, beliau tidak menjadikan usianya sebagai penghalang untuk menimba ilmu bagi memajukan perniagaan piza dan pastri, yang diusahakannya dari rumah di Sungai Karang, di sini.

Katanya, sebelum ini beliau menjalankan perniagaan ‘secara tradisional’ iaitu dengan membuka kedai atau berniaga di tapak jualan sehingga beliau ‘menemukan cara baharu’ selepas mengikuti kelas anjuran ECERDC.

“Sekarang saya berniaga online (dalam talian) sahaja sebab saya sudah ada laman web sendiri. Semua gambar jenis piza ada dalam laman web dan pelanggan boleh buat pilihan dan seterusnya menghubungi saya untuk menetapkan tarikh penghantaran. Mudah dan tidak renyah kerja kerana piza disiapkan mengikut tempahan,” katanya.

Sharifah Maziah menambah beliau boleh mengambil tempahan dalam skala yang lebih besar berbanding dahulu selepas mendapat bantuan ketuhar yang membolehkan lebih banyak piza disediakan dalam masa singkat.

“Apa yang bagus ialah ECERDC tidak menetapkan jenis bantuan yang hendak diberikan, sebaliknya mereka akan datang dan meninjau terlebih dahulu supaya bantuan yang diberikan akan dimanfaatkan sepenuhnya.

“…dan mereka (ECERDC) juga tidak melepaskan peserta sebaik sahaja tamat latihan. Saya masih diwajibkan untuk menghantar kad laporan untuk mereka tahu perkembangan, supaya tiada peserta berniaga hangat-hangat tahi ayam,” katanya. – BERNAMA

Tags: ibu tunggalProgram ECERDCSharifah Maziah
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Duda Warga Emas, Ibu Tunggal Ditahan Berkhalwat

Duda Warga Emas, Ibu Tunggal Ditahan Berkhalwat

01/09/2025
0

Melaka: Lapan pasangan dicekup berkhalwat menerusi Operasi Cegah Jenayah Syariah (OCJS) di beberapa hotel sekitar Bandaraya Melaka, awal pagi semalam....

“Status Saya Masih Lagi Ibu Tunggal” – Erra Fazira

11/10/2021
0

KUALA LUMPUR - Pelakon dan penyanyi ternama, Erra Fazira menjelaskan, dia tidak bernikah, jauh sekali bergelar isteri kedua kepada seorang...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd