• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Saturday, May 23, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Tiada Ancaman Pengganas Gugat Kedaulatan Negara

oleh AK-47
04/08/2017
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

LAHAD DATU – Kawasan Keselamatan Khas Pantai Timur Sabah (Esscom) tidak mengesan sebarang ancaman pengganas yang mampu menggugat kedaulatan negara di kawasan Zon Selamat Timur Sabah (Esszone) setakat ini, kata Komandernya, Datuk Hazani Ghazali.

Namun beliau berkata yang dikesan di Esszone melibatkan aktiviti jenayah rentas sempadan termasuk penculikan untuk wang tebusan, penyeludupan serta pengeboman ikan.

“Sebab itu Esscom yang dinaungi tiga cabang pasukan keselamatan iaitu polis, Angkatan Tentera Malaysia (ATM) dan Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) yang mengawasi perairan Esszone ini kena amat berwaspada setiap masa dan tidak boleh bekerja sambil lewa.

Kalau leka sebab itu ada pendatang asing tanpa izin (PATI) yang masuk…penjenayah licik, kita kena lagi licik, mereka buka laluan baharu, kita tutup laluan tersebut,” katanya ketika ditemui di sini.

Menurutnya, keadaan keselamatan di Esszone ketika ini terkawal dan unsur menunjukkan kekuatan yang dilaksanakan seperti rondaan aset di laut, udara dan darat menampakkan kesan positif dalam membendung  aktiviti subversif berleluasa.

“Helikopter sangat diperlukan di kawasan Esszone untuk membuat pintasan dan rondaan terhadap aktiviti jenayah rentas sempadan ini kerana apabila mereka (penjenayah) ini melihat  unsur  menunjukkan  kekuatan itu mereka patah balik…elemen ini sangat membantu,” katanya lagi.

Hazani berkata Esscom akan terus mengetatkan kawalan di sempadan di samping melaksanakan operasi bersepadu termasuk mengekang kemasukan PATI ke negeri ini.

Dalam pada itu  menurutnya, kerjasama rondaan maritim tiga negara iaitu Malaysia, Indonesia dan Filipina di perairan Sulu berjalan lancar sejak dilancarkan pada Jun lepas.

“Setakat ini kita Esscom telah menjalankan rondaan sempadan perairan bersama Indonesia dan Filipina, selain itu kita juga ada bertukar maklumat …dan pada Oktober ini satu mesyuarat akan diadakan bagi membincang format pengoperasian,” katanya lagi.

Menurutnya, inisiatif kerajaan untuk bekerjasama dengan negara jiran dalam mengekang  jenayah  rentas sempadan ini turut mengembalikan keyakinan pelancong berkunjung ke Esszone.

Katanya,  sepanjang tahun ini statistik merekodkan peningkatan kemasukan pelancong luar negara dan tempatan ke Esszone dengan purata kemasukan adalah 1,200 pelancong setiap hari.

“Kebanyakan mereka yang datang ini  melancong ke pulau-pulau di Semporna dan Sandakan,” katanya lagi. -BERNAMA

Tags: ancaman pengganasDatuk Hazani Ghazali
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

7 Individu Rancang Bunuh Anggota Polis Ditahan

25/03/2018
0

KUALA LUMPUR – Enam lelaki warga tempatan antara tujuh individu yang ditahan dipercayai terlibat dalam rancangan melancarkan serangan rumah ibadat...

Identiti Penjenayah Ditembak Tak Pernah Didedah

02/03/2018
0

LAHAD DATU - Kawasan Keselamatan Khas Pantai Timur Sabah (ESSCom) atau polis tidak pernah mendedahkan atau menyebut identiti penjenayah yang...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd