• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, July 16, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Johor Sasar Siap 5,490 Rumah Mampu Milik Akhir Tahun

oleh AK-47
04/08/2017
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

JOHOR BAHRU – Kerajaan negeri Johor mahu menyiapkan pembinaan 5,490 unit rumah mampu milik dan ditawarkan kepada pembeli menjelang hujung tahun ini.

Menteri Besar Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin berkata sasaran itu merangkumi 621 unit  Perumahan Komuniti Johor (PKK) (A),  1,444 unit rumah PKJ (B) dan 3,425 unit Rumah Mampu Milik Johor (RMMJ).

“Ia membuktikan kerajaan negeri komited dalam mencapai sasaran membina sehingga 60,000 unit rumah mampu milik menjelang 2020. Malah, pembinaannya tidak terhad di kawasan Iskandar Malaysia tetapi  diperluaskan ke semua daerah di Johor,” katanya.

Beliau berkata demikian dalam sidang media sempena melancarkan majlis Serah Kunci Dan Cabutan Undi Bagi Pemilikan Rumah Mampu Milik Johor (RMMJ) Setia Business Park II di sini, hari ini.

Turut hadir Pengerusi Jawatankuasa Perumahan dan Kerajaan Tempatan negeri, Datuk Md Jais Sarday; Ahli Dewan Undangan Negeri Bahagian Tebrau, Datuk Maulizan Bujang dan Pengerusi SP Setia Berhad, Tan Sri Dato’ Sri Dr Wan Mohd Zahid Mohd Noordin.

Terdahulu, dalam ucapannya Mohamed Khaled mengingatkan pembangkang supaya melihat dan menilai kesungguhan kerajaan negeri menjayakan agenda perumahan mampu milik dengan adil, matang dan terbuka.

Selain itu, beliau mengingatkan mereka supaya jangan hanya mencari kesalahan dan kekurangan kerajaan negeri semata-mata.

“…akuilah bahawa wujud iltizam yang kuat dan kesungguhan berterusan yang kita (kerajaan negeri) pamerkan (dalam  melaksanakan agenda perumahan) selama ini”, tegasnya.

Menurutnya tuduhan tidak berasas yang dilemparkan pihak pembangkang tentang agenda perumahan di Johor sebelum ini memperlihatkan sikap tidak bertanggungjawab dan ia mesti dihentikan.

Pada majlis itu, SP Setia Berhad selaku pemaju RMMJ menyerahkan 300 kunci unit rumah mampu milik kepada pemilik melalui cabutan undian.

Kesemua unit merupakan rumah teres dua tingkat berkeluasan 18×60 kaki persegi berharga di antara RM150,000 hingga RM206,000 seunit. -BERNAMA

Tags: Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Menteri Pertahanan Khaled Nordin Ziarah Keluarga Allahyarham Prebet Siti Khadijah

Menteri Pertahanan Khaled Nordin Ziarah Keluarga Allahyarham Prebet Siti Khadijah

28/06/2026
0

KUALA LUMPUR – Menteri Pertahanan, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin hari ini menziarahi keluarga Allahyarhamah Prebet Siti Khadijah Sungip, antara...

Kekuatan BN Terletak Pada Kesatuan Saf Dan Semangat Kebersamaan – Khaled Nordin

Kekuatan BN Terletak Pada Kesatuan Saf Dan Semangat Kebersamaan – Khaled Nordin

18/06/2026
0

JOHOR BAHRU - Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin menegaskan kekuatan Barisan Nasional (BN) sentiasa terletak pada kesatuan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd