• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, April 3, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

MRT: Bukti Kerajaan Tunai Tanggungjawab Agama

oleh Ahmad Albab
04/08/2017
dalam Gaya Hidup, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Kejayaan kerajaan dalam melaksanakan jaringan sistem pengangkutan yang baik seperti pelancaran Fasa Dua Transit Aliran Massa (MRT) laluan Sungai Buluh-Kajang merupakan bukti kerajaan berjaya dalam tanggungjawab agamanya memberi kemudahan kepada rakyat.

Mufti Wilayah Persekutuan Datuk Dr Zulkifli Mohamad al-Bakri berkata dari sudut agama, menyediakan kemudahan asas seperti infrastruktur dan prasarana merupakan hak rakyat yang wajib dilaksanakan pemerintah.

Katanya kemudahan awam seperti MRT memudahkan perhubungan, memberi keselesaan, menjimatkan masa, menghilangkan tekanan memandu dalam kesesakan lalu lintas di samping merapatkan hubungan antara rakyat.

“Menurut Islam (hadis nabi) ada empat perkara yang mampu memberi keselesaan dan kebahagiaan kepada hidup seseorang iaitu pasangan hidup, tempat tinggal yang baik, jiran yang baik dan kenderaan yang memberikan keselesaan.

“Jadi tanggungjawab kerajaan itu tidak hanya tertumpu bagi menjamin keamanan negara dan rakyat semata-mata tetapi terdapat aspek yang kerajaan perlu membaik pulih taraf kualiti hidup rakyat yang berada di bawah,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada media selepas menyertai program lawatan Ulama-Umara menggunakan MRT dari Stesen MRT Stadium Kajang ke Stesen Tun Razak Exchange sempena majlis Perdana Ulama Umara dan NGO Islam di sini, hari ini.

Dalam pada itu, mengulas perbuatan vandalisme di beberapa buah stesen MRT, Zulkifli berkata perbuatan merosakkan harta benda awam dilarang oleh Islam dan meminta supaya masyarakat memanfaatkan dan menghargai kemudahan tersebut.

“Dalam Islam kita diajar untuk menghargai dan tidak merosakkan. Isu ini bukan sahaja melibatkan isu vandalisme yang menjejaskan kemudahan awam tetapi ini melibatkan isu yang lebih besar iaitu isu mentaliti masyarakat,” katanya. – BERNAMA

Tags: MRT
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Tambang Percuma MRT Putrajaya Sehingga 31 Mac

Tambang Percuma MRT Putrajaya Sehingga 31 Mac

16/03/2023
0

KUALA LUMPUR : Khabar gembira untuk rakyat Malaysia khususnya warga kota apabila mereka boleh menikmati tambang percuma bagi Transit Aliran...

MRT Putrajaya Kemudahan Baharu Pengangkutan Awam Ibu Kota

MRT Putrajaya Kemudahan Baharu Pengangkutan Awam Ibu Kota

16/03/2023
0

KUALA LUMPUR : Warga kota kini boleh menikmati perkhidmatan Transit Aliran Massa (MRT) laluan Putrajaya fasa 2 yang mula dibuka...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd