• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Wednesday, May 20, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Pegawai Rapid Penang Didakwa Terima Rasuah

oleh Ahmad Albab
03/08/2017
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

GEORGE TOWN – Ketua Pegawai Operasi Rapid Penang mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di sini hari ini atas pertuduhan menerima rasuah berjumlah RM70,000 daripada sebuah syarikat, 20 April 2015.

Mohd Shukri Abdul Rahman, 54, meminta dibicarakan selepas pertuduhan dibacakan jurubahasa di hadapan Hakim Norsalha Hamzah.

Tertuduh didakwa menerima wang daripada Syarikat Jayonik MSC Sdn Bhd yang dimasukkan ke dalam akaun Maybank milik Nor Jasmin Mustafa untuk mengeluarkan surat pelantikan syarikat itu bagi sebuah projek yang bernilai RM8.4 juta.

Dia didakwa melakukan kesalahan itu di Maybank Cawangan Times Square, Lot 77-G-13, 14, 15 & 16, Penang Times Square, di sini pada 20 April 2015.

Tertuduh didakwa mengikut Seksyen 17(a) Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) yang memperuntukkan hukuman penjara tidak lebih 20 tahun dan denda tidak kurang lima kali ganda jumlah atau nilai suapan, jika sabit kesalahan.

Timbalan Pendakwa Raya SPRM Ahmad Ghazali Muhamad Nadzri menawarkan jaminan RM100,000 dan seorang penjamin, bagaimanapun peguam tertuduh Datuk Shukri Mohamad memohon agar jaminan dikurangkan memandangkan tertuduh menyara dua anak selain memberi kerjasama sepanjang siasatan kes berkenaan.

Mahkamah kemudiannya membenarkan tertuduh diikat jamin RM50,000 dengan seorang penjamin dan menetapkan 16 Ogos ini untuk sebutan semula kes. – BERNAMA

Tags: Kes RasuahRapid Penang
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Pegawai Kanan ATM Ditahan Kes Rasuah Kerja Perbekalan RM150,000

Pegawai Kanan ATM Ditahan Kes Rasuah Kerja Perbekalan RM150,000

28/01/2026
0

MELAKA: Seorang pegawai kanan tentera ditahan reman selepas disyaki meminta dan menerima rasuah kira-kira RM150,000 berkait kerja perbekalan bahan mentah...

Lima Direman Kes Rasuah Pegawai Kanan TLDM

Lima Direman Kes Rasuah Pegawai Kanan TLDM

28/01/2026
0

KUALA LUMPUR: Lima individu direman bagi membantu siasatan berhubung dakwaan rasuah membabitkan pelantikan syarikat kroni seorang pegawai kanan Tentera Laut...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd