• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, May 22, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Kisah ‘Orang Minyak’ Pecah Rumah Di Melaka Palsu

oleh
03/08/2017
dalam Jenayah, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

MELAKA – Hentikan penyebaran kejadian ‘orang minyak’ melakukan jenayah pecah rumah kerana ia tidak benar, kata Ketua Polis Daerah Melaka Tengah, Asisten Komisioner Afzanizar Ahmad.

Beliau menasihatkan orang ramai mendapatkan maklumat sahih daripada pihak berkuasa dan tidak menyebarkan berita palsu itu yang kini tular di media sosial WhatsApp sehingga menimbulkan keresahan masyarakat.

“Sekiranya ada tangkapan awam (terhadap penjenayah), ia perlu dimaklum dan diserahkan terus kepada pihak berkuasa tanpa mengambil tindakan sendiri,” katanya dalam kenyataan media dikeluarkan di sini hari ini.

Afzanizar menyatakan demikian sebagai mengulas penyebaran mesej tentang kemunculan ‘orang minyak’ konon aktif melakukan pecah rumah di sekitar kawasan Kandang, Duyong dan Ayer Molek dan di daerah Jasin.

Tambah beliau lagi, pihak yang dikesan cuba menyebarkan sebarang maklumat palsu terbabit sebenarnya boleh diambil tindakan undang-undang mengikut Seksyen 211 atau Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998.

Jika disabitkan kesalahan di mahkamah, individu tersebut boleh dikenakan peruntukan hukuman denda maksimum sebanyak RM50,000 atau penjara tidak lebih daripada satu tahun atau kedua-duanya sekali. – BERNAMA

* Video berikut sekadar hiasan

Tags: orang minyakpecah rumah
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Polis Buru Lima Suspek Cuba Pecah Rumah

Polis Buru Lima Suspek Cuba Pecah Rumah

16/06/2025
0

KAJANG – Polis sedang memburu sekumpulan lima lelaki yang dipercayai cuba memecah masuk sebuah rumah di sini pada Sabtu lalu. Ketua...

Wanita Rohingya Ada 54 Rekod Pecah Rumah, Suami Didakwa Simpan Harta Curi

Wanita Rohingya Ada 54 Rekod Pecah Rumah, Suami Didakwa Simpan Harta Curi

03/12/2024
0

BATU PAHAT: Wanita etnik Rohingya yang baru habis berpantang dan memiliki 54 rekod jenayah termasuk kes pecah rumah didakwa bersama...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd