• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, April 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Nikah Esok, Ummi Nazeera Akui Rasa Berdebar

oleh AK-47
03/08/2017
dalam Artis, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KURANG 24 jam menjelang hari bahagianya, pelakon Ummi Nazeera mengakui dia amat berdebar menghadapi saat-saat terakhir sebelum diijabkabulkan.

Kata Ummi, 27, walaupun ketika ini dia sedang sibuk dengan persiapan terakhir bagi memastikan majlis berjalan dengan lancar, debaran untuk bergelar isteri tetap terasa.

“Debaran itu memang terasa tambahan pula ia akan berlangsung dalam masa 24 jam sahaja lagi. Saya berdebar untuk semua perkara sama ada untuk menjadi isteri mahupun soal perancangan majlis.

“Alhamdulillah setakat ini semua persiapan berjalan lancar tanpa sebarang masalah. Saya juga sangat sibuk menguruskan beberapa hal yang berkaitan majlis,” ujarnya, memetik laporan sebuah akhbar.

Bercakap mengenai konsep untuk majlis pernikahannya, Ummi dan bakal suami, Dr. Mohd Izzar Anwari, mengabadikan minat mereka sebagai tema pada majlis tersebut.

“Kami berdua mempunyai hobi yang sama iaitu mendaki. Oleh sebab itu, kami telah memilih sebuah majlis yang berkonsepkan enchanted forest,” jelasnya.

Ummi dan Dr. Mohd Izzar bakal bergelar suami isteri pada malam esok dalam sebuah majlis tertutup dan hanya dihadiri oleh ahli keluarga terdekat.

Manakala kenduri di sebelah pihak pengantin perempuan akan diadakan pada 5 Ogos dan 12 Ogos ini.

Pasangan ini mengikat tali pertunangan pada 11 Disember tahun lalu dalam sebuah majlis tertutup di kediaman keluarga Ummi. – MYNEWSHUB.CC

 

Tags: artis berkahwinUmmi Nazeera
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Joe Flizzow Selamat Bertunang, Nikah April 2020

30/12/2019
0

PENYANYI hip hop popular, Joe Flizzow mula bersedia untuk berkahwin selepas kematian bapanya, Ishak Nengah yang juga bekas pembaca berita...

Ain Edruce Sudah Bergelar Isteri Orang

14/12/2019
0

"SAYA akan tetap aktif dalam kerjaya seni walaupun sudah bergelar isteri orang. Suami pun faham dan menyokong minat saya," kata...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd