• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, May 21, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Teori Pisah Politk Dan Agama Daripada Penjajah Kristian

oleh AK-47
02/08/2017
dalam Politik, Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – “Teori memisahkan politik daripada agama bukan daripada Islam. Teori pemisahan ini dibawa oleh penjajah yang menganut agama Kristian yang diselewengkan daripada Kitab Injil yang telah diubah daripada yang sebenarnya dibawa oleh Nabi Isa”

Demikian penjelasan Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang berhubung pandangan pihak tertentu bahawa politik yang menggunakan nama Islam merosakan masyarakat.

Menurut beliau, politik Islam bukan laksana politik penjual ubat iaitu sekadar mahu melariskan jualan atau engumpulkan pelanggan seramai-ramainya berwawasan dunia untuk mendapat kuasa sementara waktu sahaja.

Tambah beliau, politik Islam juga tidak boleh dimain catur untuk mencapai matlamat menghalalkan segala cara dan meletakkan Islam sekadar menjadi alat sahaja.

“Politik Islam bertunjangkan ubudiah kepada Allah, memikul amanah dengan melaksanakan syariat dan berwawasan akhirat, menyelamatkan seberapa ramai manusia dengan petunjuk Allah dan berpaksikan hidayah bukan jibayah,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Abdul Hadi dalam pada itu berkata, terdapat banyak pendekatan politik Islam ditulis oleh para ulama di dalam kitab mereka dan masih banyak pendekatan yang tersirat di dalam mukjizat ilmu al-Quran dan kebijaksanaan Sunnah Nabawiyyah.

Namun, katanya, umat Islam negara ini mesti teguh dan beritiqamah bersama hidayah serta tidak jumud dengan pendekatan usang tanpa bijaksana.

“Percayalah PAS tidak mati selagi bersama Islam. Bahkan parti serpihan yang cuba diwujudkan sama ada sudah ditimbus ke liang lahad atau ikan bernyawa yang kekeringan air. PAS bersama Islam yang tidak disembunyikan, tetap teguh dan tidak mungkin dicatur oleh pencatur politik dan dijaja oleh ahli politik penjual ubat,” katanya.

Parti serpihan PAS itu dipercayai merujuk kepada Parti Amanah Negara (PAN) yang menyertai Pakatan Harapan bersama DAP, Parti Keadilan Rakyat (PKR) dan Parti Peribumi Bersatu Malaysia (PPBM)

PAS dimusuhi oleh Pakatan Harapan kerana enggan menyertai gabungan parti pembangkang tersebut yang dilihat sanggup menjual agama Islam dan bangsa Melayu demi meraih kuasa. -MYNEWSHUB.CC

Tags: PAS
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Timbalan Menteri Dakwa Kerajaan Madani, Penjawat Awam Jadi Mangsa Fitnah Isu UEC

Timbalan Menteri Dakwa Kerajaan Madani, Penjawat Awam Jadi Mangsa Fitnah Isu UEC

16/05/2026
0

KUALA LUMPUR - Timbalan Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Datuk Aiman Athirah Sabu kesal kerana Kerajaan Madani didakwa telah difitnah...

Konvensyen Melayu: ‘Balik-Balik Yang Untung Parti Dan Orang Politik’

Konvensyen Melayu: ‘Balik-Balik Yang Untung Parti Dan Orang Politik’

11/05/2026
0

KUALA LUMPUR - “Adakah kali ini pimpinan parti Melayu benar-benar serius atau disebabkan Pilihan Raya Umum Ke-16 (PRU-16) sudah semakin...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd